Pangkor Sejahtera Di Bawah DS Zambry. Syabass..

Entry Khas:

Bersama rakan-rakan mengelilingi Pulau Pangkor melihat kemajuan dan pembangunan yang mana DS Zambry Kader, MB Perak adalah ADUNnya yang juga anak jati kampung tersebut.
Melihat rumah sumbangan Yayasan Bina Upaya dibawah Kerajaan Negeri Perak yang diberikan secara percuma kepada penduduk Pulau Pangkor yang susah.

Tanah dibeli oleh Kerajaan Negeri dari orang awam demi untuk rakyat yang memang memerlukan kediaman yang selesa. Majority mereka berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN. Lihatlah bendera UMNO yang berkibaran megah ditiup angin laut..
Penerima yang bersyukur diatas kurniaan ini. Katanya, Alaamdulillah, kehidupannya lebih selesa dan sempurna sekarang bersama keluarga berbanding sebelum ini.

Projek Bantuan Rumah (PBR) yang mana peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wailayah juga berada di kelompok 35 rumah di kawasan tersebut. banyak lagi rumah-rumah yang bantuan sebegini yang diterima oleh rakyat DUN Pangkor.

Alhamdulilah, Pangkor amat bertuah memiliki anak jatinya yang amat berjasa kepada kampung halamannya. Lagi berita Pangkor akan menyusul. Teruskan menyokong BN..

No comments:

Post a Comment