Rapuhnya Asas Pakatan Haram!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata asas pakatan yang rapuh termasuk perbezaan ideologi di kalangan parti pembangkang menjadi punca mereka menghadapi pelbagai masalah sesama sendiri.

Perdana Menteri berkata pakatan seperti itu tidak boleh bertahan lama kerana pakatan pembangkang bekerjasama kerana benci kepada Barisan Nasional (BN) sahaja.

"Itu tak boleh menjadi asas untuk bertahan lama sebab bila mereka ada perbezaan pendapat dan pendirian yang begitu fundamental maka lambat laut akan timbul percanggahan yang ketara antara satu sama lain," .

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan politik membabitkan parti-parti pembangkang yang dilihat menghadapi pelbagai masalah termasuk dalam usaha untuk bekerjasama.

Najib berkata pakatan rapuh itu berbeza dengan BN yang sentiasa bekerjasama kerana mempunyai satu dasar sahaja yang diterima oleh semua parti komponen.

"Belum lagi pilihan raya dah macam-macam masalah antara mereka. Itulah jadinya apabila mereka ada perbezaan idelogi yang begitu ketara dan menyentuh soal yang begitu fundamental," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden Umno berkata selepas Perhimpunan Agung Umno, semangat para anggota Umno dilihat begitu tinggi bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Saya harap mereka akan bawa ke kawasan masing-masing dan teruskan usaha kita untuk perkukuhkan jentera kita dan buat kerja seperti diarahkan oleh kita," kata beliau.

No comments:

Post a Comment