Tun M Sedia Bersumpah! Anwar?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahannya.

Malah, beliau mencabar bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil menunjukkan surat itu jika benar beliau ada berbuat demikian bagi mengelak sebarang kekeliruan.

"Saya cabar Anwar kemukakan surat itu kerana tidak mahu dituduh yang bukan-bukan. Saya bersedia bersumpah untuk membuktikan apa yang dicakapkannya itu merupakan pembohongan semata-mata. Sudahlah, hentikan sifat pembohongan itu kerana ia tidak baik dijadikan amalan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam satu ceramah politik di Selangor beberapa hari lalu kononnya beliau memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut kewangan yang melanda negara ketika itu.

Tuduhan Anwar itu turut disiarkan dalam portal Malaysia.kini yang menggambarkan Dr Mahathir tidak cekap mentadbir negara hingga memaksanya untuk meminjam, khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

"Saya menafikan dakwaan itu. Langkah tidak memohon bantuan itu merupakan tindakan terbaik bagi mengelak Malaysia dari terus menjadi pak turut dan mengikut telunjuk bank itu. Apa gunanya erti kemerdekaan jika negara kita masih berada di bawah kawalan bank berkenaan hingga terpaksa mengikut semua kehendak mereka. Sekarang, terbukti tindakan saya itu betul berbanding dengan negara lain yang meminjam daripadanya," katanya.

Menurutnya, Anwar sebenarnya yang beria-ia ingin Malaysia meminjam dari Bank Dunia kerana mempunyai muslihat tertentu termasuk ingin menggadai negara ini. Penafian Dr Mahahir mengenai permohonan mendapatkan pinjaman itu disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang yang turut hadir dalam sidang media berkenaan.

"Ketika itu saya masih bekerja dengan Bank Negara apabila dua kakitangan Bank Dunia datang bertemu dengan Tun Mahathir untuk menawarkan pinjaman bagi mengatasi kemelut kewangan. Tun yang ketika itu lebih arif mengenai ekonomi Malaysia menghalau keluar dua kakitangan bank berkenaan dan mengatakan negara ini akan bangun semula selepas menggunakan pendekatan sendiri untuk menanganinya. Tidak perlu pinjaman atau bantuan luar," katanya.-SH

2 comments:

  1. Inilah kerja Anwar, bila orang suruh sumpah tutuh China doll, tutuh Saiful dia tak nak tapi akhirnya peguam dia juga yang mengesahkan dia melakukan secara suka sama suka. Suka aku ...

    Tak habis lagi, ni suruh Tun Mahathir pulak bersumpah. Apa hal pulak???

    ReplyDelete
  2. Tun M sedia bersumpah, Anwar juga sedia menjadi sesumpah..

    ReplyDelete