Etika Media Dalam PAU 2011. Apa Dia? Jom Kita Tengok!


Media Diminta Patuhi Etika Dalam Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Petugas media yang akan mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 diminta untuk mematuhi etika kewartawanan dalam membuat liputan sepanjang persidangan tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahukan para wartawan bertanggungjawab dan menunjukkan tahap profesionalisme dalam membuat laporan.

“Untuk perhimpunan agung ini saya merayu kepada saudara-saudara kalau ada perkara-perkara yang dibangkitkan bersifat rasis tidak perlulah dilaporkan. Ini bukannya bermakna kita mahu menyekat tetapi adakalanya pembahas terlupa dan laporan tersebut akan menyinggung perasaan; ini adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan orang lain,” katanya.

Terang beliau, sebelum ini Perhimpunan Agung UMNO pernah disiarkan secara langsung tetapi ia menimbulkan masalah kerana tidak semua pihak dapat menerimanya.

“Kita tahu apa yang berlaku dan semua pihak berhak bercakap tentang kepentingan bangsa atau kaum masing-masing tetapi apa yang penting adalah semasa penggulungan oleh Presiden sendiri,” katanya.

Jelas beliau, realitinya parti-parti politik di Malaysia adalah berasaskan kaum jadi kewibawaan wartawan dalam membuat liputan penting bagi menghasilkan berita yang boleh membawa perpaduan dan kebaikan.

“Biarpun kita berasaskan perkauman dalam parti politik tapi Barisan Nasional adalah parti terbaik kerana semua keputusan dibuat bersama malah sejak pilihan raya pertama tahun 1955 sampai hari ini tak ada mana-mana anggota kompenan pernah gunakan lambang masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat media menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung bermula 29 November ini hingga 3 Disember depan.

Dilaporkan sebanyak 83 buah agensi media, dengan 74 tempatan dan 9 agensi antarabangsa yang melibatkan seramai 1,540 wartawan telah berdaftar ke Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Berikut adalah Etika Media Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011

ETIKA SEMASA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011

1. Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan berlangsung mulai 29 November 2011 sehingga 3 Disember 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

2. Sehubungan itu, pihak tuan diingatkan untuk mematuhi peraturan – peraturan membuat liputan serta kod etika berpakaian semasa majlis tersebut, sepertimana berikut :-

2.1 Ketika lagu Negaraku dinyanyikan, petugas media tidak dibenarkan melakukan sebarang pergerakan sebagai menghormati lagu kebangsaan kita.

2.2 Pergerakan petugas media perlu tertib agar tidak menganggu perjalanan Perhimpunan Agung UMNO.

2.3 Petugas media tidak dibenarkan menghalang pandangan dan membelakangkan pentas Ahli Majlis Tertinggi, kawasan tetamu khas dan para perwakilan.

2.4 Petugas media yang terlibat dalam persiapan pemasangan kamera dan peralatan teknikal di dalam dewan – dewan persidangan (Dewan Merdeka / Dewan Tun Dr. Ismail / Dewan Tun Hussein Onn) dan bilik sidang media hendaklah dibuat sebelum ketibaan VIP atau sebelum majlis bermula untuk proses jaringan keselamatan oleh pihak keselamatan.

2.5 Hanya petugas media (wartawan) yang memakai tag nama khas yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahaja dibenarkan membuat liputan di dalam dewan–dewan persidangan (Dewan Merdeka / Dewan Tun Dr. Ismail / Dewan Tun Hussein Onn) sepanjang Perhimpunan Agung UMNO.

2.6 Hanya petugas media (jurufoto / jurukamera / krew) yang dibekalkan bip khas (warna biru) yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahaja yang dibenarkan membuat liputan di dalam Dewan Merdeka sepanjang Perhimpunan Agung UMNO.

2.7 Manakala petugas media (jurufoto / jurukamera / krew) yang dibekalkan bip khas (warna merah) hanya dibenarkan membuat liputan di luar Dewan Merdeka sepanjang Perhimpunan Agung UMNO serta sewaktu Majlis Perasmian dan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO (Dewan Merdeka / Dewan Tun Dr. Ismail / Dewan Tun Hussein Onn).

2.8 Ketika Majlis Taklimat Presiden (Majlis tertutup) semua petugas media (jurufoto / jurukamera) hanya dibenarkan membuat ‘photo opps’ untuk lima minit pertama di dalam dewan Merdeka dan selepas itu, semua petugas media tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam dewan tersebut.

2.9 Hanya petugas media yang memakai tag nama khas yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahaja dibenarkan memasuki dan menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam pusat Media (Bilik Mawar).

2.10 Kod etika berpakaian

Lelaki : Baju kemeja
Baju batik lengan panjang
Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
Berseluar panjang (slack)
Berkasut kulit


Tidak dibenarkan: Baju T
Kemeja tanpa kolar / berlengan pendek
Seluar jeans
Seluar pendek
Pakaian ketat dan kurang sopan
Selipar / kasut sukan


Wanita : Baju kurung atau kebaya labuh
Blouse berlengan panjang
Skirt panjang (di bawah paras lutut)
Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
Berseluar slack panjang
Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan

Tidak dibenarkan : Baju T
Baju tanpa lengan
Seluar jeans
Seluar pendek
Pakaian ketat dan menjolok mata
Selipar / kasut sukan

Nota : Hanya Baju T berkolar yang mempunyai logo agensi atau media terbabit sahaja dibenarkan

3. Kegagalan mana-mana petugas media mematuhi peraturan-peraturan membuat liputan serta kod etika berpakaian yang ditetapkan akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO. -umno-online

ALHAMDULILLAH, TAHUN INI A.S MENJADI PERWAKILAN PEMUDA BAHAGIAN KE PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

INSYA ALLAH, JIKA DIBERI KESEMPATAN DAN KELAPANGAN, A.S JUGA AKAN MEMBUAT LIPUTAN SECARA LANGSUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 INI DARI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR.

Cina Islam (Idham Lim) Buat hal Dengan Masjid Di Terengganu!

Apa hal pulak Si Malaun ni?-Taiping Mali

"Jumaat 18 November 2011 YB Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong, Perak) dijadualkan menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Pihak masjid amat berbesar hati menerima tawaran menyampaikan khutbah oleh YB Khalil melalui seseorang yang menguruskan kehadiran beliau ke Terengganu. Pada Khamis 17 November 2011 wakil yang menguruskan YB Khalil telah menghubungi pihak masjid bagi mengesahkan kehadiran YB Khalil menyampaikan khutbah pada tarikh yang ditetapkan.

Tiba waktu Jumaat 18 November sehingga masuk waktu Zohor jam 12.55 tengahari dan azan dikemundangkan YB Khalil belum muncul. Iman dan bilal bertugas masih menunggu kehadiran beliau dengan harapan beliau akan tiba walaupun mungkin agak lewat.

Jam 1.07 tengahari beliau belum muncul. Tuan imam membuat panggilan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali supaya YB Khalil hadir kehadapan dengan andaian beliau hadir tapi mungkin berada bersama jemaah di bahagian belakang. Imam, bilal dan makmun mula resah dengan keadaan yang berlaku. Oleh kerana waktu sudah terlewat daripada kebiasaan maka tuan imam masjid tanpa persediaan yang cukup terpaksa menyelamatkan keadaan untuk naik keatas mimbar bagi meneruskan rukun-rukun solat Jumaat hingga selesai.

Selesai solat Jumaat imam, bilal dan pengerusi masjid masih setia menunggu YB Khalil takut-takut beliau muncul kehadapan untuk memaklumkan apa sebenar yang berlaku dan memohon maaf kepada pihak masjid. Namun beliau tidak muncul sampai ke sudah walaupun beberapa ahli jemaah yang mengenali beliau memaklumkan ternampak kelibat beliau turun dari masjid bersama-sama jemaah lain.

Walaupun solat Jumaat berlangsung tanpa kecacatan namun pihak masjid merasa amat terkilan serta kecewa di atas kegagalan beliau hadir sebagaimana dijanjikan. Pihak masjid menghubungi wakil yang menguruskan kehadiran beliau dan diberitahu bahawa YB Khalil terlewat hadir dan ketika beliau sampai imam sudah naik ke atas mimbar menyampaikan khutbah. Oleh kerana itu dia terus berada di saf belakang bersama jemaah lain.

Sepatutnya YB Khalil lebih maklum bahawa khutbah Jumaat tidak seperti ceramah, kuliah maghrib, forum dan sebagai. Kegagalan hadir pada waktu ditetapkan untuk program sedemikian masih boleh dimaafkan. Amat berbeza dengan khutbah Jumaat yang mana ketiadaan khatib boleh menyebabkan solat Jumaat tidak dapat ditunaikan.

Andaikata ini berlaku adakah YB mahu bertanggungjawab ? Seseorang khatib sewajibnya berusaha hadir selewat-lewatnya setelah azan zohor berkumandang. Sekiranya tidak yakin boleh hadir tepat pada waktu baik tarik diri awal-awal dari menjadi khatib daripada menimbulkan masalah kepada seluruh jemaah.

Pihak masjid juga amat terkilan kerana YB Khalil gagal menampilkan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa besar. Sewajarnya beliau tampil bersua muka dengan imam dan pengerusi masjid bagi memohon maaf atas kegagalan berkhutbah sebagaimana dijadual. Beliau tidak sepatutnya merasa malu untuk memohon maaf malah ianya akan membuang prasangka dan anggapan negatif terhadap beliau susulan insiden tersebut.

Kami berharap ini kegagalan mendisiplinkan waktu yang pertama dan terakhir bagi YB Khalil. Kami selaku ahli bawahan mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh semua pimpinan Pas agar kita tidak mempermainkan peringatan dalam surah Al-Asr yang selalu dibaca setiap kali mengakhiri sesuatu majlis.

Sekian.wassalam

Ahmad Saufi Chik
bp JK Masjid Pengadang Baru

Harimau Malaya Nak Boikot Kosmo. Hangpa macam mana?


Bagi A.S, tajuk kosmo agak keterlaluan
tak perlulah letak perkataan malukan negara tu..
mereka dah cuba yang terbaik..

biasa la tu mentaliti rakyat Malaysia..
bila menang puji melangit bagai...
bila kalah mula la kutuk....A.S meyampah bukan pasal team Malaysia..
tapi pasal penyokong yang sendiri tak tau malu...
typical Malaysian..

info A.S: Kesalahan-kesalahan dalam berpakaian Lelaki (pics)

"Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.

Isuhangat selalu membicarakan kisah aurat kaum wanita seperti entri terdahulu:- Bungkus Aurat,Woi Kitaorang Tutup Auratlah, Wanita Akhir Zaman dan Sanggul Tinggi.

Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.

1. Isbal.

Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.



Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).

Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.

Nabi SAW bersabda:

“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).

Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:

“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).

Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.

Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.

Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.

Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya.

Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.

Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan

2. Mengenakan pakaian nipis dan ketat.

Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.

Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).

Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.

Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.

3. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.

Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.

Dalam hadis shahih disebutkan:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).

Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.

Rasulullah bersabda:

“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .

4. Mengenakan pakaian mengikut trend.

Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing.

Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.

Padahal Nabi bersabda:

“Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).

Imam Asy-Syaukani berkata, ‘Hadis di atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat) populariti.’

5. Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.

Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.

Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:

“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).

“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).

6. Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.



Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.

Allah berfirman:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).

Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.

7. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa

Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).

“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).

Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.

8. lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera.

Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya.

Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda:

“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!’ Setelah Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya.” (HR. Muslim, 3/1655).

Dan Rasulullah SAW bersabda:

“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih).

Wallahualam.-

isuhangat.net

Budak besar 115 kg berkhatan jadi tumpuan ramai



Mohd. Aiman Hakimi Hanafi menjadi tumpuan ramai ketika dimandikan bersama-sama kanak-kanak lain pada Program Khatan Perdana Parlimen Baling, Kedah, semalam.


BALING 26 Nov. - Seorang kanak-kanak, Mohd. Aiman Hakimi Hanafi, 11, bukan sahaja menjadi tumpuan kerana saiz badannya berbeza daripada kanak-kanak seusianya tetapi saat-saat dia dikhatankan juga menarik.

Dengan berat badan kira-kira 115 kilogram, Mohd. Aiman terpaksa dikhatankan di atas katil mengusung pesakit bagi menggantikan katil biasa kerana dikhuatiri akan patah.

Mohd. Aiman yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Sadik dekat Kupang ditemani ibu bapanya, Hanafi Abdul Wahab, 39, dan Jamilah Awang, 31, agak gugup sebelum dikhatankan dalam majlis Khatan Perdana itu.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut menemani Mohd. Aiman sambil mententeramkannya sebelum dikhatankan oleh Dr. Hamzah Abdul.

Sebanyak enam pembantu paramedik terpaksa dipanggil bagi mengawal kanak-kanak itu daripada meronta kesakitan.

Majlis Khatan Perdana anjuran Kelab Putera 1Malaysia itu mendapat sambutan di luar dugaan apabila disertai hampir 400 kanak-kanak dari seluruh daerah itu.

Abdul Azeez berkata, sambutan luar dugaan itu turut tidak mengambil kira idealogi mereka dan berlangsung selama dua hari dengan bantuan 30 doktor dan 20 paramedik dari seluruh negara.
-utusan

Kisah Ketua Cabang PKR Yang Zalim Menindas Rakyat!


Kisah seorang Ketua Cabang PKR di sebuah parlimen di negeri Perak.
Mamat
ini merupakan Pengurus Cawangan JERAI SECURITY KUALA KANGSAR telah menamatkan perkhidmatan pekerjanya tanpa surat amaran dan notis sebulan kerana pertikaikan kelewatan pembayaran gaji dan 'advance'.

Oleh yang demikian, Janganlah sekali-kali bercakap mengenai keadilan untuk rakyat tapi dalam masa yang sama hangpa sendiri menganiaya rakyat.

sumber

Pawagam Pertama Di Shah Alam. Tahniah PAS!

Shah Alam yang diketahui tidak pernah diluluskan oleh PBT bagi lesen permohonan membina pawagam sebelum ini termasuk di bawah BN dulu, namun di bawah pakatan semuanya mungkin!

Tahniah warga Selangor!

Pawagam pertama di Shah Alam

MCAT Box Office Sdn Bhd atau MBO dengan pantas melebarkan sayapnya ke Shah Alam pula selepas pembukaan cawangan di pusat beli-belah Subang Parade September lalu.

Cawangan ke-14 ini yang bertempat di Space U8, pusat membeli belah mesra alam pertama di Malaysia merupakan pawagam pertama dibuka di Shah Alam dan ia terletak berdekatan Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya.

Memiliki tujuh dewan tayangan termasuk tiga dewan dilengkapi sistem tiga dimensi (3D), MBO Space U8 mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,466.

Dengan dekorasi menarik serta tempat duduk yang selesa, MBO Space U8 akan memberikan satu pengalaman berbeza buat penggemar filem.

'tiada satu kuil pun akan diroboh' di Selangor! Kan dah kena tipu!



Dimana slogan kerajaan pakatan haram Selangor yang menyatakan 'tiada satu kuil pun akan diroboh'? Lainkali jangan percaya dengan pakatan tipu rakyat ni!

Bila jadi pemerintah pandai bagi 1001 alasan untuk halalkan semua perbuatan mereka. Dulu masa BN memerintah, pakatan haram ni lah yang jadi batu api besaq hasut kaum India untuk melawan tindakan kerajaan.

Nah! la ni baru hang ada akai wwahai Kalid Ibrahim! Depa dah demand macam-macam pandai la hang jawab! HRP awat tanak demo??

"QueensPark SportzCity & Boulevard"- Pok Nik Makin Advance!


A.S ingatkan nak pacak sekolah tahfiz bertaraf mega...barulah boleh berbangga...
Nih tak, pusat hiburan besar-besaran. Pusat snuker terbesar? besar mana tu? Perlu ke?

Nampaknya Klate makin advance.
Lagi satu tukang pacak tu mata sepet jugak.
Mana usahawan melayu Klate yang dilahirkan Pok Nik?

Awat tak ada orang yang membangkang pembinaan pusat hiburan tu?
Kan melalaikan!
Hipokrit!


Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan gaya hidup sihat dan hiburan melalui kewujudan "QueensPark SportzCity & Boulevard" bernilai RM35 juta yang pertama seumpamanya diwujudkan di Kelantan.

Pengarah Urusan Kristana Holdings Sdn Bhd Chai C.Y. berkata pusat yang berkonsepkan rekreasi dan sukan untuk hiburan dan gaya hidup sihat itu yang juga yang pertama dan terbesar di Pantai Timur, turut meliputi kemudahan kelas dunia.

Ia meliputi pusat bowling terbesar 36 lorong, snooker terbesar mampu memuatkan sehingga 40 meja, pusat renang dan futsal terbesar dengan keluasan standard FIFA.

"Dengan kedudukan strategik pusat ini seluas 1.66 hektar di Tanjung Chat, di sini dan sangat mudah untuk diakses dari segala arah, QueensPark SportzCity & Boulevard ialah lokasi utama untuk membawa kejayaan untuk setiap pemegang saham syarikat.

"Ia bakal menjadi pusat sukan terbaik dan paling popular untuk tujuan hiburan di Kota Baharu, dengan kawasan yang berdekatan dengan sebuah bandar ditubuhkan dengan kepadatan penduduk yang baik, kegiatan komersil dan berdekatan dengan Kompleks Taman Budaya Kelantan serta Taman Rekreasi Tengku Anis," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Dengan berkonsepkan gaya hidup sihat menggabungkan hiburan sukan dengan makanan tempatan dan antarabangsa, tempat makan terbuka, budaya dan pengalaman seni, muzik, hiburan, aktiviti rekreasi dan sukan, katanya pusat ini secara khusus direka untuk semua masyarakat yang ingin mengalami perbezaan.

"Kemudahan lain termasuk gelanggang roller skating dengan muzik, kawasan jualan makanan untuk 40 gerai dan kedai-kedai runcit khusus," katanya.

Dengan penyediaan kelengkapan parkir umum, VIP dan Orang Kelainan Upaya (OKU), tandas dan surau, menurutnya, pusat berkenaan yang mampu menampung antara 3,000 sehingga 5,000 orang dalam satu masa dijangka menjadi antara pusat yang diciptakan untuk membawa bersama keluarga, orang ramai, pengusaha, selebriti dan ahli sukan ke destinasi tunggal dalam lingkungan gaya hidup sihat.

Chai berkata pusat itu, yang memilki bangunan tiga tingkat yang direka khusus selamat dan moden dalam strukturnya itu memiliki 32 unit lot kedai yang kini dibuka untuk jualan.

"Pihak kami kini membuka jualan gerai dan lot kedai yang harganya amat berpatutan, serendah RM500 sehingga RM690,000 dan keistimewaan diberi kepada Bumiputera yang bakal menimati rebat sepuluh peratus dari harga jualan," katanya.

Mengikut perancangan, beliau berkata "QueensPark SportzCity & Boulevard" dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada Ogos ini.

-- BERNAMA

Kak Ijat Takkan Jelaskan ISU NFC Dalam Perhimpunan Agung UMNO

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

Mugabe Yang Tinggal Di Istana Mewah rindukan Gaddafi & Saddam (Pics & Vid)




Apa nak dikata?Sahabat sudah tiada didunia ini.Itulah yang dapat dirasai oleh pemimpin zimbabwe Robert Mugabe yang ditinggalkan sahabatnya yang dia sayangi...Mahligainya yang dasyat ini tiada lagi tetamu yang hadir setelah sahabat-sahabatnya telah meninggal dunia...tontonlah video diatas dan dibawah ini sk saja tunjuk mahligai mugae nieh..Ramai dah yang tau tp saja nak tunjuk

Di tengah derita rakyat Zimbabwe yang berperang dengan kehidupan mereka yang sulit, foto-foto rumah presiden yang disangka sebagai salah satu presiden terkorup di dunia Robert Mugabe menunjukkan hal yang sangat kontras. Rumah yang mirip istana di tengah penderitaan rakyat Zimbabwe ini dibangun dengan harga yang sangat mahal. Sebanyak 3,5 juta poundsterling dibelanjakan untuk membangun istana yang bergaya mewah ala western. Rakyat yang sudah hidup di bawah garis kemiskinan, penyebaran HIV/AIDS di Zimbabwe yang susah dibendung, ekonomi negara yang terpuruk, Robert Mugabe menjadi seorang “raja” yang sama sekali tidak peka dengan rakyatnya.Inilah foto-foto istana presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang elit di tengah rakyat yang “elit” alias ekonomi sulit :












Fauziah Nuklear Tuduh Blogger Yang Kutuk Rancangan Resipi Cinta Semuanya Berbayar!

Sila ke entry A.S sebelum ini di SINI untuk tonton video klip bodoh yang dilakonkan oleh si MP paling bebal di Pahang.

Klip video Resipi Cinta yang menampilkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendapat reaksi kurang menyenangkan masyarakat kerana menggunakan makanan untuk menunjukkan protes kepada kilang nadir bumi yang sedang dalam pembinaan di Gebeng.

Fuziah sebagai Chef Wani melalui klip video bertajuk Resipi Cinta (Love Dish) menggunakan sotong berkepala ikan, ayam berkepala dua, udang berwarna warni dan kepala kambing yang digambarkan seolah-olah terkena radiasi.

Klip video itu juga memaparkan penggunaan beberapa peralatan besi yang kononnya boleh membuang radiasi.

Video berdurasi 4.44 minit yang dimuat naik melalui laman Youtube pada 13 November 2011 itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengunjung laman itu.
Sehingga semalam seramai 133 menyukai laman itu dan 114 tidak menyukainya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhaimi Sulong secara peribadi menyifatkan video itu sebagai satu lawak jenaka bodoh akibat kebuntuan idea untuk dijadikan modal politik.

Beliau berkata, pelbagai cara digunakan bagi menakutkan masyarakat dan mungkin akan menerbitkan lebih banyak video yang tidak masuk akal.

“Memang inilah caranya pembangkang memainkan isu dan mungkin ramai yang suka video itu adalah mereka yang memang anti Lynas,” katanya.

Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Indera Mahkota, Kamarul Adha Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak menyenagi perbuatan menggunakan elemen makanan di dalam klip video itu.

“Beberapa hari lalu ada yang memaklumkan perkara itu mengenai perkara itu dan ternyata caranya tidak betul sama sekali,” katanya yang menyifatkan pembangkang sudah kekeringan idea untuk menarik perhatian masyarakat mengenai isu Lynas.

Secara peribadi, Azmarul berkata, cara itu tidak menggambarkan kredibiliti seorang pemimpin kerana sanggup mengeksploitasi makanan sedangkan masih ada cara lain jika beliau tetap mahu memprotes Lynas.

Sementara itu, Fuziah ketika dihubungi mengakui akan ada kumpulan tertentu yang menggunakan video itu untuk mengutuk dirinya namun di sebaliknya beliau mendapat sokongan melalui sistem pesanan ringkas (sms).

Katanya, pada mulanya beliau tidak mahu terlibat dalam tetapi akhirnya bersetuju apabila memikirkan ada yang bersungguh-sungguh berjuang.

“Mereka bersungguh-sungguh dan dorang buat secara pro bono dan secara sukarela, saya setuju nak berlakon, lagipun, saya juga sudah analisa bahawa yang kutuk itu semuanya pengendali blog yang berbayar.-Sinar

A.S: Hang memang lawak la Fauziah..
Kot celah mana analisa hang ni?
Rakyat meluat kat hang tak perlu nak dibayar sebab hang yang bodoh kerana rela memperbodohkan diri sendiri.
Buat lagi kerja bodoh macam ni yang menunjukkan betapa rendahnya standard tahap pemikiran seorang MP.
Malu aku kalau jadi orang Kuantan dapat MP sengal macam hang!

Hot! Pondan Diarah Buka Baju, Buang Rambut serta Payudara Palsu (Pics & Vid)

Adalah menjadi kesalahan di Afghanistan seorang lelaki memakai pakaian seperti wanita. Pondan ini diarah buka baju, rambut serta payudara palsu yang dibuat dari sarung kaki yang disumbat doh




Anwar Ngaku Ahli Majlis PKR Sekarang Makin Lumayan!


Anwar akui dan sedar ramai anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008.

Anwar ingat dia boleh control dan tegur ke pemimpin bawahan partinya yang makin 'buncit' sekarang ni? Manusia ni kalau dah ada peluang depan mata dan tak boleh kawal diri, depa ngap ajer. Jangan asyik nak tuding UMNO saja!

Tambah pula juak PKR yang terkena kejutan budaya jadi kelabu mata tengok peluang datang boleh bikin duit. Tu baru pegang PBT, kalau pegang putrajaya, habis digadainya semua oleh juak PKR ni sebab harta punya pasal.!

Petikan kata-kata anwar semasa kongress;

"Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan."

Tu Dia! Malaysia Kalah Dengan Bahrain. UMNO Punya Pasal!

Nazmi jugak yang best!


Puak pakatan haram perangai sebijik macam geng Indon.
Masa menang emas sukan SEA tempohari, apsal tak kata ini UMNO punya jasa?

Bila kalah disabitkan UMNO pulak?
Kesian, makin hari makin kronik otak budak pakatan haram ni!
Janji boleh maki UMNO dah kira satu nikmat untuk mereka..
Mentality juak Pakatan memang ditahap yang paling bebal dan tak waras..

Rasional la skit beb!
Dah menjadi adat pertandingan, ada kalah, ada menangnya.
Dan menjadi ada penyokong, bila menang dipuji, bila kalah dikritik. Kritik bukan sebarang kritik, tapi biarlah kritikan yang membina biarpun sangat sinis tapi jangan tunjuk bengap sangat sampai nak dikaitkan UMNO!

Klate tak masuk final piala Malaysia tahun ni salah Pok Nik? salah hamPAS?

Apapun, layan gol pertama Nazmi Faiz dulu.. best..

Info A.S: Eskalator tertinggi di Dunia (Pics & Vid)

Umeda Sky Building merupakan bangunan ke-7 tertinggi di Bandaraya Osaka, Jepun, dan merupakan salah satu daripada ikon yang paling dikenali di bandaraya itu.

Bangunan ini terdiri daripada 2 menara 40 tingkat yang bersambung diantara satu sama lain pada bahagian paling atas bangunan selain sebuah jambatan dibahagian tengah bangunan itu.
Antara lain bangunan ini turut mempunyai eskalator tertinggi di dunia terletak di bahagian tengah ruang atrium bangunan itu.

Bangunan ini juga dibuka untuk lawatan pelancong. Perjalanan menggunakan eskalator ini akan membuatkan anda terasa seperti melayang ke langit. Ini adalah cara paling murah untuk melihat bandaraya Osaka, memerlukan kurang dari 10 USD untuk anda naik ke pelantar pemerhatian.









Santai: Gadis Diraba, Digomol, DiSelak - Hangin A.S Tengok!!! (Pics)

Hehe
Tengok topik ni kalut ja hangpa..
Saja bagi hilang stress sebab Malaysia kalah tadi.. huhu
Gatai punya monyet macam sesetengah puak hampas jugak!

















YB Yang Humble Basuh Pinggan Di Rumah kenduri (Pics)




Bukan A.S nak puji melambung..
Jauh skali nak riak..
Tapi gambar-gambar menceritakan segalanya..

Gambar yang diambil rumah kenduri kahwin tadi di Kg Sungai Setar, Nibong Tebal ni memaparkan sifat rendah diri dan 'frenly' ADUN UMNO Kwsn Sungai Acheh (Parlimen Nibong Tebal) yang bersahaja membasuh pinggan bersama orang kampung..

Teruskan YB Dato Mahmud Bin Zakaria, A.S menyokong kerana A.S tau YB memang ikhlas dan tak hipokrit..

Nak harapkan ADUN PKR DUN Sungai Bakap, rakyat berkenduri depa duk kalut berkongress di Johor asyik duk kutuk UMNO. Bukan nak perbetul parti sendiri hehe

Aduhai! Muncul Pulak Awek Ngaku Pernah Tidur Dengan Apek! (Gambar-Gambar Intim)

Awek dalam gambar-gambar ni dikatakan bernama Shida Harmi. Gambar-gambar dan SS dibawah baru sahaja dihantar melalui e-mel yang dipercayai dihantar oleh Shida sendiri atau kenalan beliau ke sebuah blog hiburan iaitu rotikaya.

Turut disertakan ialah dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang dipercayai perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu.

Satu-demi satu Apek bikin kontroversi dan A.S amat berharap pandailah Apek menyelesaikannya dengan cara yang bijaksana.

A.S ni bukan blog crita pasal artis, jauh sekali nak dedahkan keaiban orang tapi sebagai peminat bola negara, A.S harap apa jua masalah peribadi, jangan sesekali mengganggu-gugat fokus terhadap permainan semasa mewakili pasukan kebangsaan. Yang si pompuan nih pun satu, masa sekarang la nak buat pendedahan murahan! Apa punya orang la..

Yang paling penting, tunjukkan aksi tangkasmu pada malam ini di kelayakan olimpik Malaysia melawan Bahrain. Buktikan Apek!










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...