Erk! KIamat Tidak Berlaku Tahun Ini?


A.S:Ini hanyalah satu kajian saintifik.
Maksud dia tu dari teori yang mengatakan bumi kiamat tahun ini,tapi sebagai umat islam kita tahu Allah menentukan segalanya..
Namun iktikad paling penting harus kita pegang ialah, kematian dan kiamat itu pasti.
bila??? bukan kita yg menentukannya..

Kiamat tidak berlaku tahun ini?

Tiada teori fizik yang boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan kiamat akan berlaku pada tahun ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna (UNOV) yang berpangkalan di Pusat Antarabangsa Vienna, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, bidang astro fizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahu pun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya pada sidang akhbar selepas sesi ceramah Prominent Malaysia bertajuk Unknown Universe di sini hari ini.-utusan

3 comments:

  1. saya pernah membaca artikel berkenaan dengan ramalan kiamat 2012 yang mana sebenarnya berpunca dari calendar kaum/tamadun Mayan. kalendar kaum mayan yang akan berakhir pada tahun disember 21 2012 dan kejadian2 yang dijangkakan berlaku bukanlah berkaitan dengan kiamat sebaliknya perubahan besar kehidupan manusia, samada spesifik ataupun general tak pasti plak, saya setakat mebaca, buat kajian atau analisa takderlah... antara bacaan ringan with baic info adalah;
    http://news.nationalgeographic.com/news/2011/12/111220-end-of-world-2012-maya-calendar-explained-ancient-science/

    artikel yang secara kebetulan saya baca tu telah menerangkan dengan lebih terperinci tetapi bila dicari balik dah take jumpa lagi dah...

    ReplyDelete
  2. Betul. sesungguhnya kiamat tu PASTI akan berlaku dan bila terjadinya kiamat itu hnya dalam pengetahuan ALLAH S.W.T.

    yg pasti tahun ini (2012) satu lagi fitnah Yahudi=Freemason=Iluminati=Dajjal=THHakan berlangsung. tak tau la apa rancangan dorang selepas 2001 tragedi 11/9.

    ReplyDelete
  3. Di sini ada soalan dan jawapan Doomsday 2012: http://astrobiology.nasa.gov/ask-an-astrobiologist/intro/nibiru-and-doomsday-2012-questions-and-answers

    ReplyDelete