Disebabkan ramai rakan blogger yang kebelakangan ini banyak menerbitkan entry tentang Ustaz ni dan ada yang menghentam secara kasar,
A.S pun takmau ketinggalan sama berkongsi dengan hangpa berkenaan ustaz ni. Benar seperti kata Sanggah Tok Janggut, Ustaz ni tiada sebarang pendidikan formal dalam bidang agama. Pok Nik pun hanya bekas guru agama KEMAS saja.
Namun sebagai insan biasa yang jahil dan tiada ilmu agama yang tinggi, walaupun apa jua latar belakang beliau, A.S tetap menghormati diatas dasar ilmu dan kebaikan yang telah beliau sampaikan.
Namun tidaklah sehingga terlalu taksub dengan beliau sehingga mampu menimbulkan riak dan ego.
Acapkali kedengaran, ustaz ni selalu secara kasar beliau menghentam UMNO secara kasar dan kurang berhemah.
Rakan blogger sanggahtokjanggut telah membuat pendedahan berani terhadap satu kejadian misteri berkenaan ustaz ini.
Betul ke tidak, wallalhualambissawab.
Hanya DIA lebih mengetahui terhadap apa sebenar yang dia lakukan. A.S berkecuali dalam hal ini.
Semoga Allah SWT terus memberikan hidayah kepada kita semua..
Ni A.S kongsi Biodata Ringkas Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena hasil dari cetusan media baru:
Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
ramainya ostat zaman sekarang tiada kelulusan yang diiktiraf.
ReplyDeletezaman sekarang sekurang-kurangnya ada diploma berkaitan yang diiktiraf bukan setakat macam goreng gitar kat atas pentas je.
sahabat,jangan fikir kelulusan tu tandanya seseorang itu hebat......orang2 jahil hanya memandang pada kelulusan,dan orang yg cerdik melihat pada ilmunya..ada kelulusan,xda ilmu,xguna saudara..
ReplyDeletebiar xda kelulusan,tapi ada adab,
jangan ada kelulusan,tapi kurang ajar,
semoga kita sentiasa sedar,
assalamualaikum
sahabat,jangan fikir kelulusan tu tandanya seseorang itu hebat......orang2 jahil hanya memandang pada kelulusan,dan orang yg cerdik melihat pada ilmunya..ada kelulusan,xda ilmu,xguna saudara..
ReplyDeletebiar xda kelulusan,tapi ada adab,
jangan ada kelulusan,tapi kurang ajar,
semoga kita sentiasa sedar,
assalamualaikum
Anon 6:24, berprasangka baik kpd semua entri kecuali terang2an ia memfitnah, mengutuk dan memcela. Aku juga peminat ustaz azhar ni sejak dulu tetapi sejak kebelakangan ini aku tengok ceramah dia sangat berbau politik dan budaya kutuk mengutuk dan mncela subur dalam kuliah2 nya. Itu sebabnya org ramai mula menyelidik latar belakangnya utk mengetahui siapakah sebenarnya ust ni. Aku tidak setuju dgn kenyataan kau, biar x de kelulusan tp ada adab. Ha? Kala mcm tu senang la dunia ni. Tak perlu kelulusan boleh jadi doktor, peguam, ustaz, cikgu. Perlu diingat, org yg x de ilmu apabila mengajar, ia hanya mengajar kesesatan. Islam amat mementingkan ketinggian ilmu pengetahuan dan tahap ilmu itu hanya diperolehi hanya melalui belajar. Simbol pengiktirafan ilmu itu adalah melalui pengijazahan secara formal, bukannya secara segera. Kalau ikut kefahaman kau itu, tak hairanlah kalau ada seorang artis tu bila masuk je parti politik tertentu, terus dapat title ustaz dan diberi pengiktirafan pula untuk menyebarkan 'ilmu-ilmu agama' melalui ceramahnya. Habislah ummat....
ReplyDeleteustaz azhar idrus telah bertalaqi dengan guru2 pondok selama 8 tahun. Cuma dia tak de ijazah je. Adakah ini berbakna dia tak de ilmu? Nabi Muhammad ad ijazah ke nak tanya sket. Orang belajar universiti 5 tahun je. Ustaz ni belajar 8 tahun. Sape lagi lama belajar?
ReplyDeletetolong jangan bandingkan dengan nabi muhammad!!,, nabi muhammad insan terlalu istimewa untuk dibandingkan dengan manusia2 biasa,, *isu belajar 8 tahun di pondok n 5 tahun ijazah? ok2 senang jerr,, 5tahun itu adalah minimun yg mksdnye kalau cukup syarat baru boleh peroleh ijazah,, kalau x cukup syarat still kene extent lagi, n 5 tahun tu dah cukup padat n komprehensif pengajian die,, papepun,, bersangka baik lah kita sebagai seorang Islam.. n jgn terlalu mudah membanding2kan sesuatu yang bukan sepadan... :)
ReplyDelete12 tahun 8 guru..guru ni cedok sikit, guru tu cedok sikit, gaul sebati buat acuan sendiri.
ReplyDeletePenyampaian dia ni kang lawak.. itu je.. Nak masuk Maharaja Lawak, tak leh.. dah lebih omor..
ReplyDeletekalau dah ada ramai fan..mcm ada rasa riak dan takbur pulak..paling tidakpun nasihatkan para pendengar/fan awak supaya tak payah over..wallahuallam..
ReplyDeletep/s tak pernah dengar langsung ceramah en.azhar idrus ni..