Ingat Lagi Gambar Ini? Marin US punya angkara, askar perancis yang jadi mangsa.

Gambar yang dipetik dari video YouTube yang tidak bertarikh, menunjukkan askar Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. – REUTERS

Seorang tentera Afghanistan yang menembak mati empat tentera Perancis berkata, dia melakukan serangan itu selepas berang menonton rakaman video yang menunjukkan empat anggota Marin Amerika Syarikat (AS) mengencing mayat pemberontak Taliban.Serangan ke atas tentera Perancis yang tidak bersenjata itu pada Jumaat lalu, berlaku di pangkalan timur Afghanistan dan turut menyebabkan 15 lagi tentera cedera dengan lapan daripadanya parah.

Insiden itu turut menyebabkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengancam menarik keluar tenteranya di negara ini dan menghantar Menteri Pertahanan, Gerard Longuet ke Kabul.Seorang tentera Afghanistan, Abdul Mansour, 21, telah ditahan dan disoal siasat ekoran insiden serangan itu.“Ketika siasatan awal oleh tentera Perancis, dia memberitahu melakukan serangan itu kerana berang dengan tindakan anggota Marin AS itu,” kata seorang pegawai tentera Afghanistan kepada AFP.

Kenyataan itu sekali gus menyokong sumber perisikan daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan yang enggan dikenali yang menyatakan, Abdul tidak mempunyai hubungan dengan Taliban. Menurut sumber itu, Abdul turut merujuk kepada satu lagi rakaman video yang menunjukkan tentera Britain mencabul kanak-kanak Afghanistan.Kurang seminggu selepas tersebarnya video anggota Marin AS itu, polis tentera Britain telah menahan dua anggota tenteranya kerana dituduh mencabul seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, kedua-duanya berusia 10 tahun, dan merakam kejadian itu.Seorang jurucakap di kedutaan Britain di Kabul berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung tuduhan pencabulan itu tetapi enggan mengulas mengenai komen tentera Afghanistan itu. – AFP

No comments:

Post a Comment