Kena Tau: Beza 4 negeri Ditadbir PR Dengan 1 Menteri Dikaitkan NFC!
Bila Nik Aziz lantik menantu dia untuk jadi CEO MB Inc (State GLC Kerajaan Pas) bagi mengurus pinjaman RM 600 juta drpd Kerajaan Pusat (BN diketuai oleh Umno) untuk Projek Bekalan Air dikatakanya Menantu dia orang yg paling layak, tak timbul amalan kroni.....pada hal masalah bekalan air masih tak selesai.
Bila Kerajaan PR/DAP Pulau Pinang mengantikan BOD PBAPP (State GLC) dengan orang politik PR (termasuk Mat Sabu) untuk mengurus sumbangan Kerajaan Pusat berjumlah RM 1.2 B utk menaiktaraf Empangan Mengkuang, dikatakan Corporate Governance...bukan kroni
Begitu juga di Selangor, kebanyakan GLC negeri diganti dgn Politician PR, dikatakan Corporate Governance.....sampai gaduh-gaduh nak lantik SUK sendiri....bukan kroni
Di Kedah pun serupa Kulim Hitech (pada mulanya ada sumbangan daripada Khazanah), CEO terpaksa cari pintu bila Oztaz Azizan mewujudkan jawatan (dulu tak dak pun) dan lantik Chairman drpd Orang Pas yang juga dikatakan Corporate Governance.....bukan kroni
Tapi bila NFC yg hanya dpt pinjaman RM 250 juta daripada Kerajaan Pusat utk memastikan bekalan makanan negara dikatakan kroni, hanya kerana Pengerusi NFC suami Menteri BN...
Amalan politik apa yg depa pakai ni.....apa depa buat semua betui, apa kita buat semua kroni....sampai roti Gardenia pun dah jadi Roti Kroni, pada hal Orang Kedah panggil Roti Benggali. -fuad omar
No comments:
Post a Comment