Santai A.S: Kisah Pagar Dipenuhi Coli. (Gambar-Gambar)

Pagar Coli Cardrona yang terletak di Central Otago ,New Zealand, dimulakan pada tahun 1999 apabila 4 pakaian dalam wanita dijumpai bergantungan di pagar dawai yang terletak di sepanjang jalan. Tidak diketahui mengapa dan siapakah yang mendalangi perbuatan ini namun ia telah mencuit perhatian ramai orang, sehingga satu demi satu coli baru bertambah sehingga mencecah 60 helai.

Pada tahun 2000, jumlahnya meningkat kepada 200 helai sehingga ada penduduk bertindak menurunkannya. Namun tindakan ini hanya menyebabkan lebih banyak lagi coli digantung, mencecah 1,500 helai. Sehingga akhir tahun 2006, jumlah coli yang bergantungan menjadi 100,000 helai.

Sebahagian penduduk berpendapat pagar itu memalukan dan menyakitkan mata malah memberi kebahayaan kepada pemandu yang lalu-lalang. Tetapi ada juga yang menganggap perkara ini unik dan menyegarkan apatah lagi melihat ratusan ribu coli wanita pelbagai warna dan saiz berkibar bebas ditiup angin.


















__________________

No comments:

Post a Comment