Dato' Pun Dapat BR1M?

A.S: Beliau merupakan artis veteran tersohor di negara kita, iaitu Datuk Aziz Satar daa..
Beliau merupakan seorang warga emas yang A.S yakin pendapatannya tidak menentu dan tidak mencecah RM3,000 sebulan pun..
Alhamdulillah, itu rezeki beliau, janganlah ada sesiapa yang mempertikaikannya..

 Kerajaan Malaysia yang prihatin memberi bantuan kepada rakyat tanpa memilih bulu..

Kalau bantuan warga emas RM100 SETAHUN dari kerajaan DAPig  lainlah, penerima mesti disyaratkan untuk berdaftar sebagai pengundi SPR di Negeri Pulau Pinang..
Tu barulah bagi ada makna! hehe

  ************


KUALA LUMPUR - “Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat”.

 Demikian menurut pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, antara penerima BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani. Bercerita lanjut, Aziz berkata, dia gembira dengan kunjungan pemimpin setempat itu yang melapangkan masa menyampaikan sendiri baucar bantuan tersebut kepadanya. Beliau berterima kasih kepada Umno Bahagian Titiwangsa yang yang prihatin kepada golongan warga emas sepertinya.

 “Kehidupan saya sekarang ini seperti biasa, kalau ada tawaran berlakon, adalah pendapatan. Bila dapat lebih, perlu pandai-pandai uruskan untuk tampung perbelanjaan ketika tiada tawaran,” katanya ketika penyerahan baucar BR1M oleh Umno Bahagian Titiwangsa, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hilir, di sini kelmarin.

 Aziz berkata, dia berhasrat bekerjasama dengan Umno Bahagian Titiwangsa menganjurkan program motivasi mengenang mereka yang berjasa kepada negara ini. Katanya, rakyat perlu didedahkan sumbangan pemimpin sebelum ini sehingga sekarang. Sementara itu, difahamkan jumlah penerima BR1M di Parlimen Titiwangsa setakat ini seramai 4,975 orang, manakala seramai 4,790 lagi dijangka menerimanya hari ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pejabat Umno Bahagian Titiwangsa.

No comments:

Post a Comment