Dedah! Pakatan Haram Akui MP Mereka Makan Gaji Buta & Akan Kehilangan Kerusi Parlimen..

A.S: Korang baca dan nilaikanlah sendiri! 
Inilah akibatnya jika salah memilih calon untuk mewakili rakyat. 
Buat pengundi di Indera Mahkota dan juga seluruh negara sekalipun, dalam PRU13 nanti kelak jangan lagi salah buat pilihan. Nanti rakyat yang merana!
Pemimpin pakatan haram kebanyakannya hanya pandai sembang bohong fitnah, dusta, nista dan ceramah sana-sini hingga mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. 
Kerja buat satu habuk pun tarak..
Ingat, jangan salah pilihan lagi.
Pilih pakatan anda merana! Pilih BN hidup anda akan lebih sempurna..


************

Rata-rata rakyat terutamanya pengundi YB Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota dekat sini tertanya-tanya ke mana kelibat Ahli Parlimen terbabit mutakhir ini. Ramai yang mahu mendapatkan maklumat tentang Wakil Rakyat terbabit. Sememangnya semenjak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu, kelibat Azan begitu jarang sekali dapat dilihat dalam mana-mana program pembangkang (Pakatan Rakyat).

 Bukan setakat di sekitar Kuantan, malahan di kawasan parlimen yang diwakilinya sendiri. Persoalannya ke mana pergi YB Azan Ismail agaknya?. Beliau yangd ilihat merupakan seorang pemimpin yang begitu pakar tentang hal ehwal kewangan dalam membantu Pakatan Rakyat di Parlimen, kini seolah-olah sudah hilang dari radar. Malah, sebahagian besar dari orang kanannya sendiri juga amat kecewa dengan perkembangan ini. 

Bagi mereka, Azan tidak sepatutnya hilang dari khalayak ramai kerana dia masih lagi Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum parlimen dibubarkan. Jika amalan ini terus dilakukan, maka kemungkinan besar pembangkang akan kehilangan kerusi parlimen terbabit pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini berdasarkan kepada suara akar umbi yang begitu kecewa dengan kelibat wakil rakyat terbabit. "Bila dia tiada, yang rosak ialah Pakatan Rakyat. Sepatutnya dia mesti hadir dalam mana-mana program yang melibatkan pembangkang di kawasannya.

Kami mengundi beliau dan kami perlukan beliau untuk membela kami. Jika ini caranya, bagaimana kami mahu percaya lagi kepada pemimpin yang kami pilih?. Kami bukan mahu wang dari beliau, sebab kami tahu kedudukan wakil rakyat pembangkang. Tapi sekurang-kurangnya hadirlah dalam majlis-majlis yang kami anjurkan termasuk ceramah dan sebagainya", kata seorang pemandu teksi yang menghubungi kami semalam.

Senario ini pasti memungkinkan UMNO Barisan Nasional akan lebih mudah menawan Indera Mahkota pada PRU-13 nanti sebenarnya. Difahamkan, tindakan Azan dan beberapa orang ketua cabang yang meminta lebih kerusi dari PAS pada PRU-13 nanti juga menyebabkan Pakatan Rakyat di Terengganu kini retak menanti belah.

Difahamkan Azan bersama-sama pimpinan PKR Cabang Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Besut, Ulu Trengganu, Dungun dan yang lain mahu PKR mendapat lebihan agihan kerusi di sana. Susulan tindakan itu, kini sebahagian besar pemimpin PAS di Terengganu menolak Azan. Susulan daripada itu, Azan khabarnya telah melobi Anwar Ibrahim untuk kembali ke kerusi asalnya di Indera Mahkota berdasarkan faktor "calon menang dikekalkan".

Apapun, kini nama YB Azan semakin tenggelam akibat kelibatnya yang jarang kelihatan di Parlimen Indera Mahkota. Ramai yang berpendapat, jika Azan dikekalkan maka harapan untuk pertahankan kerusi parlimen itu pasti akan berkecai. Jika Azan kembali ke Indera Mahkota, bagiamana pula dengan calon harapan Azmin Ali iaitu Zakaria Hamid (bekas Pengerusi PKR Pahang) yang sudah lama mengatur program dan buat kerja di kawasan terbabit.

Difahamkan, beliau akan dipilih menggantikan Azan selain Dato' Fauzi Abd Rahman di parlimen itu pada PRU-13 nanti. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati agar masalah dalaman mereka tidak dihidu oleh UMNO BN kali ini. Jika tidak, harapan untuk kekalkan kerusi parlimen itu pasti akan tinggal kenangan kerana UMNO BN sudah pasti akan meletakkan calon popular pada kali ini. Jika ini berlaku, BN mungkin dapat rampas kerusi tersebut.-PDO

No comments:

Post a Comment