Janji apa yang dikatakan oleh Jessie Ooi itu memang fakta yang tak dapat disangkal lagi.
Lihat di Penang sudahlah, Guan Eng celaka sembang pompang kononnya nak ringankan beban rakyat, tapi tengah malam pun guna MPPP & MPSP untuk saman parking atau tunda kereta..
Pantang ada peluang, SAMANNN...
Kalau betul tak nak bebankan rakyat, bertolak ansurlah sikit!
Ada paham Guan Eng!!
************
Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.
"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.
"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.
"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.
Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang semalam.
Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.
Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).
Guan Eng cakap pasal nak bela nasib rakyat, tindas rakyat lagi adalah!!
ReplyDeleteNURUL IZZAH: ANAK PENASIHAT EKONOMI YANG GAGAL SUBJEK MATEMATIK!! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/