Mufti Perak menasihatkan pemimpin-pemimpin pembangkang beragama lslam supaya menggelakan diri dari melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan haram ketika menyertai perayaan keagamaan.
Beliau berkata dari segi syarak “ kita tidak boleh merayakan (merujuk kepada perayaan Ponggal) dengan mengenakan pakaian baru-baru bagi menghormati hari itu kerana hukumnya haram.”
Beliau juga memberi contoh amalan sesetengah pengacara tv yang memakai pakaian seperti meraikan tahun baru Cina kerana hukumnya haram.
Beliau berkata demikian di pejabatnya di Ipoh Rabu ketika ditanya tentang pemimpin pembangkang yang menyertai perayaan Ponggal dengan memakai pakaian ala-ala hindu serta mencalit kum-kum di dahi.
“Dari segi syarak kita tidak boleh merayakan dengan mengenakan pakaian baru baru kerana menghormati hari itu sebab hukumnya haram.
“Kita pergi bersama kemudian dicalit pada dahi ..itu kepercayaan dia bahkan abu itu abu mayat kita tak tau”katanya di pejabatnya di Ipoh pagi Rabu.
Mengulas perbuatan mantan Menteri Besar Nizar Jamaluddin memalu
gendang diupacara Ponggal tempoh hari, Harrusani berkata “haram bagi
kita memukul gendang ketika meraikan perayaan agama hindu ..itu lagi
teruk sama teruknya jadi hindulah kerana memukul gendang adalah cara keagamaan mereka.”
“Kepercayaan menyembah api haram, sembah letak atas kepala kita, dia sembah letak atas kepala kita, itu hukumnya haram kerana kita merelakan.
Sesiapa yang telah melakukan perbuatan itu Haarrusani menasihatkan mereka supaya wajib bertaubat segera dan kembali kepada Islam. “Ini Allah telah sebut dalam alquran”.
“Orang yang cari lain daripada Islam sebagai agamanya, pegangannya, kepercayaannya maka ini tidak akan diterima oleh Allah taala dan di akhirat nantii dia akan masuk dalam kumpulan orang-orang yang rugi. Perbuatan kufur kita redha dan dengan perbuatan itu maka kufur kita dibuatnya”katanya lagi.- AD
PAS peduli apa syirik-syirik ni, Perjuangan Negara Islam kan dah ditinggalkan demi kejar undi bukan Islam!!
ReplyDeleteNURUL IZZAH: BILA I TAKDA MODAL, I SUKA BUAT FITNAH!! Baca di sini!!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Dengar tu.
ReplyDeleteKeghairahan menjadi2.. cina pi ke mesjid, jadi melayu pun nak tunjuk baik buat program meraikan upacara hindu,cina dll. memang sikap org melayu akan cuba buat yang lebih dari bangsa lain. bangsa lain memang saja nak tunjuk baik... kita tak payah la nak balas dgn tunjuk kita lebih baik... org kafir sengaja nak rosakkan akidah kita... kalau nak tunjuk hebat tingkatkan ekonomi Islam yg rata2 adalah org melayu.. kukuh ekonomi kafir pun tunduk kat org Islam melayu
ReplyDeleteKepada mereka yang sesat ini, BERTAUBAT lah semasa ada hayat ini. Haram maknanya Allah murka, Allah Yang Maha Esa MARAH, Allah akan laknat ... dan paling mengerikan ialah mereka ini telah SYIRIK, dan balasannya kepada mereka yang sesat ini telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Jangan disebabkan mahu meraih undi dan sokongan maka kita gadaikan akidah dan nilai Islam. Tiada satu kaum didunia ini yang lebih penting dari Allah SWT. Agama sebenar-benarnya adalah Islam. Tiada kompromi dalam soal agama ini. Ingatlah surat Al-Kafirun !!! Bertaubatlah sebelum terlambat.
ReplyDelete