Kain Faekah Diselak Khalid?



Penduduk di sekitar Selangor mula tampil mengadu  kegagalan kerajaan negeri memberian 20 meter padu, percuma yang dijanjikan sejak tahun 2008.

Mereka menyifatkan kemudahan itu sebagai indah khabar dari rupa dan jelak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, Terbaru Setiasuaha Politik Menteri Besar Faekah Husin mendakwa kerajaan negeri sedang melaksanaan skim itu secara berperingkat dan akan mengambil masa.

Mohd Ali Mohd Hassan yang menetap di  Rumah Pangsa Mawar, Bukit Beruntung berkata beliau dan penduduk kawasannya masih menunggu-nunggu kerajaan Selangor untuk menunaikan janjinya.

“Saya tidak pernah dapat satu sen pun daripada kerajaan negeri Selangor seperti yang dijanjikan pada pilihan raya dahulu, semua subsidi air, memang saya dan penduduk rumah pangsa di sini tidak dapat satu sen pun, itu bagi saya semuanya penipu saja,” katanya.

Penduduk terbabit menuduh kerajaan Selangor pilih bulu dalam memberikan bantuan sungguhpun acapkali menguwar-uwarkan akan memulangkan hasil negeri kepada rakyat semula.

“Kalau kita tengok, dia macam tu lah kalau dia (kerajaan negeri) tengok pro pada dia, dia akan bagilah dengan mudah.Jadi saya boleh katakan di sini Pakatan Rakyat ni memang penipu besar, memang penipulah,” kata Mohd Ali.  

Ali selain itu menyifatkan penterjermahan kerajaan negeri dalam pelaksanaan pemberian air percuma ini akhirnya mencerminkan sebenar sikap kepimpinan kerajaan PR di negeri ini yang diterajui oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Beliau (Khalid Ibrahim) dia bukan seorang ahli politik yang boleh membantu rakyat, dia adalah seorang ahli perniagaan yang mementingkan kepentingan dia dari segi perniagaan dia, jadi apa tindakan dia, apa yang dijanjikan semua tidak pernah ditunaikan,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang mewakili empat skim rumah pangsa di sekitar Bukit Lanjan,  Franchis Chong meminta agar masalah ini diselesaikan segera oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri Selangor, mereka ini cakap senanglah, mereka cakap ada banyak wang tetaoi masalah ini sudah empat tahun, saya tidak pernah tengok wakil rakyat (Elizabeth Wong) tidak pernah hadir turun padang dan menghadapi penduduk ini, mereka ni cakap senanglah tapi kerja bukan senang,” katanya.

Semalam, ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata jumlah yang masih belum menerima pemberian air percuma itu membabitkan kira-kira 350,000 keluarga, kebanyakannya penduduk pangsapuri yang menggunakan meter pukal.

“Berdasarkan rekod jika mereka ini berhijrah ke meter individu, mereka  boleh dapat air percuma bernilai RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun, kata beliau di Shah Alam.

“Menteri Besar menyatakan seluruh rakyat Selangor layak menerima pemberian air percuma, tetapi bagaimana pula dengan 1.4 juta bagi rakyat Selangor yang dinafikan air percuma," kata beliau.

FAEKAH MULA MELATAH.



Kerajaan negeri Selangor tidak harus memberi alasan remeh untuk menutup kelemahan diri yang mengakibatkan 1.4 juta rakyat Selangor gagal mendapat 20 meter padu air percuma yang dijanjikan sejak 2008.

Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim membidas Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin kerana menggunakan alasan lapuk sehingga lebih 300,000 keluarga yang kebanyakkannya penduduk pangsapuri masih belum mendapat kemudahan itu.

Faekah semalam mendakwa kerajaan negeri sedang melaksanakan skim air percuma itu secara berperingkat susulan pendedahan Mohd Isa bahawa 1.4 juta penduduk belum mendapat kemudahan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri berhutang kira-kira RM6 juta ringgit kepada penduduk berkenaan memandangkan mereka membayar  RM11.40  untuk 20 meter padu air yang sepatutnya diberikan percuma.

"Faekah kata ia diberikan secara berperingkat-peringkat, sudah empat tahun nak peringkat apanya? Kalau kenyataan saya salah tak akan ada yang mengadu dan datang merungut kepada kita," katanya kepada  Antarapos.com.

Faekah semalam menuduh Mohd Isa sebagai “ketinggalan zaman” kerana membangkitkan masalah itu susulan aduan penduduk yang terjejas.

Mohd Isa berkata Faekah sepatutnya tidak melontar tuduhan sewenang-wenangnya tetapi mengemukakan bukti serta fakta bahawa  pemberian 20 meter padu air percuma itu sampi kepada penduduk mengikut unjuran yang ditetapkan.

"Kalau dia betul, tunjukkan bukti yang mana dia dah berikan. Saya harap dia semak betul-betullah...dia kena sahkan kenyataan saya tadi bahawa memang ramai lagi yang belum dapat air percuma itu," katanya.
"Fakta saya betul, saya beritahu kita ada 350,000 akuan yang sepatutnya layak tetapi hanya 35,000 sahaja yang dapat. Ada 315,000 lagi yang tidak dapat, itu bukan satu jumlah yang kecil. Suruh dia siasat perkara ini betul-betul,” tambah beliau.

No comments:

Post a Comment