Mufti Pahang Tampil Untuk Cuba Membela Najib
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves Selasa lalu, tidak boleh sewenangnya dianggap menggadai akidah kerana ia bergantung kepada niat beliau selaku pemimpin kepada negara berbilang agama.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, Perdana Menteri semestinya mengetahui sebab beliau perlu berada di majlis itu. Bagaimanapun, adalah lebih baik, sekiranya beliau mewakilkan kepada pemimpin seagama dengan penganut Hindu bagi menghindari wujudnya salah sangka dalam kalangan masyarakat.
“Perkara yang hampir sama juga pernah berlaku di Palestin, di mana pemimpin negara itu, mengunjungi gereja ketika upacara keagamaan. “Tetapi, niatnya bukan meraikan upacara itu, sebaliknya hadir sebagai menteri dan tiada niat lain,” katanya semalam. Dalam pada itu, Abdul Rahman mengakui saranan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di dalam kenyataannya dan berharap perkara ini dapat diselesaikan.
Terdahulu, Harussani terkilan, apabila mengetahui Perdana Menteri mengunjungi sambutan Thaipusam. Tindakan sedemikian dianggap boleh membawa kepada syirik. Menurutnya, perkara sedemikian sudah ditegur setiap pada tahun.-SH
No comments:
Post a Comment