Oh Tidak! Tiga Sekeluarga Mati Kebuluran Di Negara Maju!

A.S: Alhamdulillah. Kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia. Puak pembangkang sering memfitnah menuduh rakyat Malaysia kononnya ramai yang miskin dan melarat, tapi Alhamdulillah, tiadalah hingga sampai ke tahap ini. 

Jika ada keluarga yang berada dibawah paras kemiskinan, InsyaAllah banyak badan yang akan membantu seperi Jabatan Kebajikan, pusat zakat serta YB-YB BN yang prihatin dan banyak lagi.

 ********* 
pic hiasan


Mayat pasangan warga emas dan anak lelaki mereka ditemui di sebuah apartmen di selatan Jepun, selepas dua bulan mereka meninggal dunia dipercayai kerana kebuluran. “Mayat dua lelaki dan seorang wanita itu ditemui Isnin lalu di apartmen di bandar Saitama di utara Tokyo, kata polis tempatan.

“Mereka dipercayai pasangan berusia 60-an dan anak mereka berusia 30-an tetapi belum dikenal pasti identiti mereka,” katanya. Mayat yang telah reput itu dilaporkan ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang datang untuk menuntut sewa rumah yang tertunggak selama enam bulan.

Bekalan elektrik serta gas masak telah dipotong dan mereka dipercayai hanya hidup dengan meminum air sahaja. Tiada makanan ditemui di apartmen itu dan polis hanya menemui beberapa yen duit. - AFP

No comments:

Post a Comment