Siapakah 72% Pemimpin PAS Golongan Sekular Tu?



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan parti itu kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengetepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini, malam tadi. 


 Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.


 "Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya. Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan Pas, DAP dan PKR berkuasa di negara ini. 


 Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang. - Bernama

A.S kata kita semua boleh tentu boleh teka dan agak 72% tu siapa..
Puak PAS masih dalam sindrom penafian yang mana mereka sebenarnya telah jelas tersasar jauh dari landasan asal perjuangan . 
Hassan Ali ternyata telah membuat keputusan dengan tepat untuk mendedahkan perilaku sebenar PAS agar rakyat tak terus tertipu dengan mereka.
Namun dendangan puak pakatan haram tetap sama, semua ini UMNO punya kerja!

No comments:

Post a Comment