Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
Beliau
 dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan 
perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau
 yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam 
perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, 
infrastruktur dan pelabuhan.
Pada
 tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang 
telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh 
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier
 perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri 
Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang
 pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang 
bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi 
terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak
 lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) 
Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam 
bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja
 amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed
 Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International 
Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek 
Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam
 beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining 
Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff 
Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian 
Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC
 telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek 
landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya 
dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar 
juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang
 Antarabangsa Senai, Johor.
Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: AS$1,700 juta
Ke 8 terkaya di Malaysia
Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: AS$1,700 juta
Ke 8 terkaya di Malaysia
Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana
Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1.
 Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial 
dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu 
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2.
 (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena 
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita 
tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
 orang politik semata-mata.
3.
 Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam 
saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses 
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh 
menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah
 ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4.
 Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat 
saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang 
susah tapi itulah jalan yang kekal.
5.
 Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka 
jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
 berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah 
faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10.
 Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York
 dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah 
setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa 
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12.
 Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok 
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita 
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
 ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
 bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13.
 Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai 
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita 
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah 
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .
14.
 Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
 pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah 
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh 
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15.
 Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat 
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. 
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana 
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan 
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16.
 Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya 
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini 
kepada saya tidak mustahak.
17.
 Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina 
kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu
 kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada 
kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk 
maju kita perlu berusaha.
18.
 Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya 
belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya 
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang 
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat 
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19.
 Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan 
perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya 
memegangnya untuk sementara sahaja.
20.
 Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan 
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik 
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya 
nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21.
 Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus 
dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
 semua ini untuk diri saya semata-mata.
22.
 Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang 
saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. 
Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak 
kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah 
kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23.
 Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk 
saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat 
yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak 
tahu.
24.
 Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta 
dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka 
hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
 Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25.
 Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang
 tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan 
membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi
 sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak 
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang 
tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26.
 (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, 
lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu 
saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau 
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27.
 Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila 
pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan 
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun 
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29.
 Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang 
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
 orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa 
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran 
yang perlukan bantuan.
30.
 ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya 
manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan 
jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita 
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32.
 Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain 
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang,
 esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33.
 Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit 
masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34.
 Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat 
kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya 
satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab 
ibadah adalah tugas seharian.
35.
 Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan 
sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu 
kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik 
dan turun.
36.
 Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi 
sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta 
itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37.
 Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani 
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi 
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih 
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38.
 Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita 
dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, 
tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi 
perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39.
 Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada
 pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak 
ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40.
 Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan
 kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). 
Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. 
Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44.
 Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. 
Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut
 kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45.
 Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya 
terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air,
 ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46.
 Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup 
mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat 
banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat 
langsung.
47.
 Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir 
kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau
 saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48.
 Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) 
apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata 
kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain 
merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat
 hati saya seronok.
49.
 Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada 
kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa 
kita terlalu banyak ketinggalan.
 

saoplaharap digandakan kekayaan saudara...
ReplyDeletepejuang hamas...
Cite pasal budak hingusan yg memburukan idola melayu ini sgt bermotifkan politik. Ada baiknya kita sume nyahkan die bkn setakat di pantai bahru malah di bumi malaysia ni.
ReplyDelete