44 Lagi Chinadoll & Vietnamdoll Diberkas Di Penang.

Aku tak tau nak kata apa dah dengan Penang ni!

Sejak DAP memerintah, serius aku cakap benda-benda macam ni seolah-olah tak dibendung langsung oleh agensi kerajaan negeri seperti PBT. Yang benar-benar bekerja keras menangani masalah ini ialah agensi seperti PDRM & Imigresen sahaja.


Lesen hiburan yang kononnya dibekukan pengeluaran hanyalah satu gimik sedangkan hakikatnya bertambah-tambah pembukaan pelbagai jenis pusat hiburan di Penang ini secara berleluasa.
Pilih pakatan di DAP, jahanam la orang Penang!


**************

Taktik Jabatan Imigresen menggunakan motosikal bagi mengelak dikesan tonto berjaya membuahkan hasil apabila seramai 44 gadis pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Perai Tengah malam tadi.

Kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 16 warga China manakala selebihnya warga Vietnam berusia awal 20-an hingga 30-an. Siasatan turut mendapati 22 daripada GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada dokumen perjalanan sah (17) dan tiga lagi mengaku isteri kepada rakyat tempatan.

Dua lagi yang ditahan didapati menyalahgunakan pas pelajar dan mempunyai slip Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P). Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, operasi dijalankan pihaknya sebelum ini sering gagal apabila tonto di luar premis itu sering menyalurkan maklumat kepada pemilik pusat terbabit.

1 comment:

  1. sama jer dulu kini sekarang .. apa nak pening,,ikan busuk dari kepala,,dua2 sama,.org kafir org kafir..org kufur boleh kafir..

    ReplyDelete