Adakah Ini Bukti Bahawa Malaysia Merupakan Sebuah negara yang tak selamat?

Pecacai pakatan haram sering memfitnah kononnya Malaysia adalah sebuah negara yang tak selamat dimana banyak kejadian jenayah yang sering berlaku. 
Bagi aku tangga ke-19 ni sudah cukup membuktikan bahawa tanggapan negatif itu tersasar sama sekali!
Alhamdulillah, Malaysia aman di bawah BN..

**********


Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerja keras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

"Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, KDN akan terus komited untuk mengekalkan kedudukan itu pada tahun ini dengan melaksanakan dua strategi iaitu PDRM akan menambah bilangan anggota dan pegawai polis seramai 14,739 untuk melaksanakan aktiviti rondaan khususnya di empat negeri panas iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Hishammuddin berkata, bagi negeri lain yang bukan dalam kategori kawasan panas, seramai 24,000 anggota dan pegawai polis tambahan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing akan ditempatkan.

Strategi kedua pula, katanya, ialah memperhebatkan program 'Community Policing' dengan melibatkan penyertaan anggota masyarakat termasuk persatuan penduduk dalam program-program pencegahan jenayah.

Beliau berkata, usaha itu termasuklah melaksanakan program '4-Personnel Patrolling Team' di empat negeri kawasan panas serta di Sabah dan Sarawak.

"Menerusi program itu anggota polis akan ditugaskan bersama sukarelawan polis dari Rela dan JPAM dalam melakukan aktiviti rondaan secara serentak di kawasan-kawasan tertentu untuk mengurangkan kadar jenayah sekali gus memastikan masyarakat merasai kehadiran dan penugasan polis," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. Anda belum kena, boleh la cakap. Bagaimana orang yang macam saya yang mengalami trauma akibat daripada jenayah dari "negara selamat" ini? Orang yang dah melalui atau sedang melalui kekejaman jenayah pula bagaimana? Bukan membangkang dan bukan pula menyokong. Cuma saya perlukan hak dan perlindungan sahaja. Tq :)

    ReplyDelete