Aku bukan nak perleceh pemain badminton negara sorang ni.
Tapi alasan yang aku 'boldkan' dibawah ini langsung aku tak boleh terima dan aku yakin peminat badminton negara lain pun akan mentertawakan alasan ini.
Aksi Hafiz 2-3 tahun kebelakangan ni memang merudum jatuh dan lebih baik Hafiz seharusnya memikirkan untuk bersara sajalah. Aku tau, Hafiz dah cuba sehabis baik.
Dari menghabiskan duit rakyat, apakata Hafiz beri peluang kepada pemain muda seperti Ariff Latif dan anak Dato Misbun untuk menunjukkan saingan mereka pula diperingkat antarabangsa.
BAM juga seharusnya memikirkan pelapis / pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei yang kita lihat sekarang ini pelapis yang ada semuanya jauh dari 'kelas' Lee Chong Wei.
***************
PEMAIN profesional KLRC, Hafiz Hashim harus bangkit segera menyelamatkan sisa-sisa kerjayanya selepas gagal merasai saingan sebenar Seluruh England apabila ditunjuk jalan keluar pada pusingan kelayakan kejohanan berprestij itu di Birmingham, lewat malam semalam.
Ternyata, gelanggang yang pernah mengangkatnya menjadi bintang apabila memenangi mahkota kejuaraan 2003 gagal merangsang pemain berusia 30 tahun itu untuk tampil bersemangat, sebaliknya beraksi hambar dan tidak bermaya pada halangan terakhir ke undian utama.
Dia memulakan aksi dengan cemerlang apabila menang ke atas pemain Hong Kong, Chan Yan Kit 21-11, 21-15 tetapi kemudian mempamerkan rentak sumbang pada halangan terakhir apabila tewas kepada lawan dari Taiwan, Chou Tien Chien, 21-11, 15-21, 12-21.
“Rentak permainan saya terjejas kerana tidak cukup masa memanaskan badan apabila penganjur tiba-tiba menukar gelanggang pertandingan. Jadi, pergerakan saya agak kaku dan lambat terutama dalam set kedua dan penentuan,” katanya ketika dihubungi.
Namun, nasib berbeza dialami gandingan profesional KLRC, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari apabila berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan 24 dunia Micheal Fuchs-Oliver Roth dari Jerman 21-19, 21-11 dalam 30 minit malam tadi.
Kemaraan gandingan itu bagaimanapun gagal dituruti tiga beregu wanita negara diketuai Chin Eei Hui-Wong Pei Tty apabila tewas kepada pilihan kedua dari China Tian Qing-Zhao Yunlei 17-21, 14-21 dalam 36 minit.
Walaupun menang dalam set pertama 21-16, tetapi kegagalan Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengekalkan rentak di set kedua dan penentuan menyebabkan mereka turut kecewa apabila ditunjuk jalan keluar Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong 19-21, 18-21 dalam 59 minit.
Goh Liu Ying-Lim Yin Loo pula gagal menyaingi kehebatan pilihan ketujuh dari Denmark Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila hanya mampu berada di atas gelanggang dalam 33 minit sebelum tumbang 16-21, 16-21.
Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dan pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi sandaran mengibarkan Jalur Gemilang pada kejohanan tertua dunia itu hanya memulakan cabaran masing-masing lewat malam tadi.
AS engkau ni mesti tak pernah main badminton.
ReplyDelete