Apa Kaitan Surat Ini Dengan Campurtangan Guan Eng?

Korang baca memo ini dan nilaikan.
Adalah sesuatu yang menganiaya para kontraktor yang masuk tender ini dan kemudiannya dibatalkan begitu sahaja.

Aku yakin, ini mesti ada campur tangan dari tangan-tangan 'ghaib' yang mengarahkan tender tersebut dibatalkan. KEMUNGKINAN ada kroni-kroni pakatan yang gagal mendapat tender tersebut kemudiannya memberi tekanan kepada pihak EXCO.. Siapa tahu?

Bukan apa, tarikh tutup pada 17 Oktober dan keputusan membatalkan tender ini hanya dibuat setelah 4 bulan berlalu. Bukankah ini suatu kerja yang bodoh dan membazirkan wang rakyat begitu sahaja?

Majlis Perbandaran Seberang Perai HARUS beri penjelasan mengapa tender ini dibatalkan!
Penjelasan yang diberi haruslah boleh diterima oleh rakyat, bukan sekadar melepaskan diri yang tersepit!

Satu lagi ingin aku utarakan disini ialah semasa BN memerintah, kerja-kerja pembersihan bersepadu terbahagi kepada dua iaitu PPS (Pungutan Sampah Rumah Ke Rumah) dan KPA (Kerja Pembersihan Am iaitu cuci taman, mesin rumput dan cuci longkang di kawasan majlis) dimana ia menawarkan peluang kepada hampir 150 kerja untuk dilakukan oleh kontraktor.

Namun pabila Pakatan memerintah, mereka buat keputusan untuk menggabungkan kerja KPA dan PPS kepada satu pakej dan skop kawasan diluaskan dimana dimaklumkan hanya tinggal sekitar 30 kerja sahaja yang ditawarkan di seluruh seberang perai.

Ini membuktikan bahawa peluang kontraktor melayu untuk mendapat kerja tersebut menjadi semakin tipis dimana syarat untuk melakukan kerja tersebut semakin ketat kerana difahamkan syarikat pembida tender perlu mempunyai tunai sebanyak RM200,000 dan mempunyai kelengkapan lengkap seperti lori kompaktor, lori open truck dan lain-lain kelengkapan yang memerlukan modal yang besar.

Berapa kerat syarikat melayu sahaja yang mampu untuk menepati syarat tersebut.
Kesian sangat aku tengok kontraktor diperlakukan ini oleh pihak PBT dimana ia pasti diarahkan oleh mesyuarat exco.

MPSP harus beri penjelasan segera!!

1 comment: