Ku Li jadi alat pemuas Nafsu PAS..


Di sebalik teka-teki samada Ku Li akan terus dicalonkan oleh UMNO untuk bertanding atau tidak dalam PRU13 akan datang di PArlimen Gua Musang, PAS nampaknya sudah cucuk jarum menjalankan tugasnya sebagai kaki adu domba nombor wahid!

Ku LI pernah mengesahkan bahawa beliau tetap akan bertanding walaupun atas calon bebas jika tidak dicalonkan oleh UMNO/BN sekalipun. Lanjutan dari khabar angin yang kata Umno berkemungkinan besar takkan calonkan Ku Li lagi untuk bertanding di parlimen Gua Musang, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS bagitau yang Pakatan Haram bersedia untuk berunding dengan Ahli Parlimen Gua Musang tu untuk bagi peluang dia mempertahankan kerusi tu.

 Nampak sangat PAS desperade sangat nakkan kerusi Gua Musang tu walau guna cara muka tak malu. PAS mungkin sedar sentimen semasa sekarang ini rakyat semakin banyak mencemuh PAS ekoran ketidak konsistenan mereka dalam memperjuangkan Islam dan hanya jadi pak turut sahaja dalam pakatan haram.

Aku harapkan kepimpinan pusat memikirkan kaedah dan strategi terbaik dalam dilema untuk mencalonkan Ku Li dalam PRU13 akan datang. Orang kata tarik benang dalam tepung biar jangan berselerak.

Ingat! Setiap kerusi parlimen mahupun DUN sangat berharga!!



1 comment:

  1. Aku yakin pucuk pimpinan sedar & ada penyelesaiannya. Ini semua cubaan PAS nak menyelit.

    NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete