Malapetaka Beb Guan ENg Ni!

Aku dah pernah kata sebelum ni bahawa rumah flat yang dikatakan rumah kos rendah berharga RM70,000 dibina di Kawan adalah sesuatu yang menghina orang Pulau Pinang. Bayangkan berapa luas tanah PDC yang ada di Batu Kawan, Guan Eng hanya mampu membina rumah flat yang sebegitu tinggi punya harga.

Jikalau rumah bertanah masih boleh diterima akal dan munasabah jika dikatakan kos rendah! Guan Eng si kapitalis hanya mementingkan wang hasil untuk negeri tanpa mempedulikan nasib orang Pulau Pinang yang berpendapatan rendah! 
Tidak keterlaluan dikatakan ini pelan Guan Eng untuk menghambat orang yang kurang mampu terutamanya orang melayu ke Tanah Besar (seberang Perai). Di Nibong Tebal pun mana nak cari rumah kos rendah? Kalau adapun, hasil usaha PERDA seperti di Sungai Acheh.


Nak harapkan Guan Eng lagi?

*********

LGE’s housing policy is a big disaster. 

Lim Guan Eng only caters for the rich not the poor. Just look at the numbers of luxury condos that have been built or being build and compare with the number of low cost housing, you can safely concluded that LGE is only for the rich.

To build a RM70,000 flat at Batu Kawan and call it affordable is big insult to the intelligent of the people. A flat not matter what you call it and costing more than RM70,000 in the main land is definitely not cheap.

All LGE want is money, money,money. Ya. Must be funny. In the rich man’s world. Money money money. Always sunny. In the rich man’s world. Ah-Ahaa! All the things LGE could do. If LGE had a little money. In the rich man’s world.

Only 4 years LGE has screw up the housing sector making the housing in the island not affordable to majority of Penangites and wasted the little bit land banks the state government has for super luxury condos with no taker- written by Ong Eu Soon

2 comments:

  1. kempen selamatkan perkara 153 perlembagaan malaysia.
    sejak akhir-akhir ini perkara 153 perlembagaan malaysia dengan beraninya telah dicabar dan disentuh samada secara lansung atau tidak lansung olih parti ultra kasiu dap dan perkara ini tidak selamat untuk keamanan malaysia dan perkara 153 itu sendiri.
    mengapa ini tidak terjadi?
    ada beberapa jawapannya. tetapi aku hanya mahu membincangkan jawapan tentang kegagalan bangsa melayu memahami dan membuat tindakan yang selaras dengan undang-undang dan memahami bagaimana undang-undang itu ditafsirkan. aku ambil satu contoh iaitu suatu kes yang mana karpal singh yang telah dituduh di bawah akta hasutan tetapi pihak pendakwa gagal membuktikan adanya. Ini disebabkan dalam kes itu mahkamah tidak melihat bukti wujudnya kegusaran orang melayu di atas perkataan yang dibuat olih karpal singh kerana tiadanya tindakan olih bangsa melayu bagi menyatakan kegusaran terhadap perkataan kapal singh itu. kita kena ingat dalam setiap perbicaraan mahkamah mahu melihat sesuatu kes itu mempunyai keterangan dan bukti yang kukuh. dalam kes itu ketiadaan report polis, tiadanya bantahan seperti demontrasi secara aman atau memerondum kepada karpal singh, dap dan kerajaan malaysia menyebabkan pihak mahkamah melihat tiada unsur hasutan kerana tiada reaksi atau kesan secara lansung yang diberi olih bangsa melayu. maknanya di sini bangsa melayu kena bangkit mempertahankan perkara 153 perlembagaan malaysia itu. dan kebangkitan itu hendaklah dengan bijaksana dan selaras dengan kehendak undang-undang, janganlah bangkit seperti jebat derhaka kerana akhirnya kesalahan jebat derhaka adalah membuat onar maka mempertahankan tuah telah menjadi tidak releven.

    ReplyDelete
  2. jika sesiapa melihat, mendengar dan merasakan sesuatu yang telah diperkatakan dan dibuat olih pihak dap yang mana ianya mempunyai unsur menghasut dan mempersoalkan perkara 153 perlembagaan malaysia, dengan segala takzimnya anda diminta membuat perkara berikut :-
    1. membuat report polis - sebanyak mungkin report berkenaan lagi baik. keberkesanan report polis ini terbukti dalam kes lgbt gagal dalam permohonanya membuat demontrasi kebebasan seksual kerana adanya report polis olih pelbagai pihak yang menyatakan kegusaran mereka terhadap implikasi tindakan lgbt tersebut. moralnya kita kena menyatakan bantahan kita selaras dengan kehendak undang-undang dan sebagaimana peruntukan undang-undang itu sendiri. undang-undang tidak akan membantu kita sekiranya kita bertindak diluar batas undang-undang walaupun perbuatan itu pada pandangan kita adalah benar.
    2. membuat bantahan contohnya demontrasi aman - akta perhimpunan aman telah diluluskan, gunakanlah akta ini sebijak dan sebaik mungkin. kita lihat bagaimana pihak pembankang mengimpimentasikan akta ini dengan berkesan. cuma aku nasihatkan agar memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat demontrasi atau perhimpunan awam.
    3. membuat memorandum dan menyerahkan memorondum kepada raja-raja, ydpa, pm dan kepada parti politik yang menimbulkan sesuatu isu yang berbau atau berunsur mempersoalkan perkara 153 perlembagaan malaysia.
    ayuh perkasa dan semua pertubuhan melayu jangan mendiamkan diri kerana menurut bidalan lama orang melayu "diam ertinya bersetuju" yang mana dalam konteks ini diam anda apabila perkara 153 perlembagaan malaysia dipersoalkan makanya anda bersetuju dengan mereka yang mempersoalkannya. jangan jadi majoriti senyap kerana senyap membuatkan mahkamah melihat tiada unsur hasutan, sebagai rakyat malaysia kita hendaklah bertindak selaras dengan kehendak undang-undang dan bagaimana undang-undang itu ditafsirkan olih mahkamah. dan jangan juga menggunakan perkataan tidak senonoh seperti bodoh, anjing, babi dan lainnya serta perkataan menghina seperti .... balik kampung/negara dan sebagainya. bijak dan berhematlah dalam menyatakan hak dan perasaan anda.
    dan sekiranya anda merasakan bahawa perbuatan lim guang eng ini mempunyai unsur-unsur atau bersifat membelakangkan perkara 153 perlembagaan malaysia baiklah anda bertindak seperti di atas sebelum ianya terlambat - sebelum semua bangsa melayu terpaksa melarikan diri ke tanah besar.

    ReplyDelete