Patutlah Beria-Ria Nak! Ada Kira Ye!!

A.S: Aku heran gak pada tahun lepas dimana kerajaan negeri Selangor beria-ia mahu menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal yang selama ini diuruskan dengan baik oleh Alam Flora dan mereka ingin menguruskan sendiri oleh PBT katanya.

Namun pendedahan yang dilakukan oleh Cassa ini tidaklah terlalu mengejutkan aku. Penyelewengan dalam tender pengurusan sampah yang didedahkan membuktikan sikap hipokrit kerajaan Selangor yang kononnya bersih. 

Korang jangan tertipu, puak-puak ni baru dapat kuasa semua dia nak kaut. Itu baru perintah Selangor, kalau perintah Malaysia habis jahanam la jawabnya.Beria-ia nak uruskan sendiri rupanya nak diserahkan kepada kroni-kroni mereka sahaja.

*********************



Video Ini Membuktikan Pengurusan Sampah Lebih Buruk Sejak Selangor Ambil-Alih

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) pada Jumaat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dalam pemberian tender kutipan sampah di negeri Selangor.

Presiden Cassa, Datuk Dr Jacob George berkata pihaknya membuat laporan itu tanpa niat jahat sebaliknya untuk mendapatkan keadilan. "Saya dicabar oleh pimpinan kerajaan negeri Selangor (untuk dedahkan dokumen) dan saya telah kemukakan dokumen berkaitan kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di pejabat SPRM Selangor di sini.

Jacob dalam pada itu turut memberi tempoh 48 jam kepada kerajaan Selangor untuk membekukan tender kutipan sampah atau pihaknya akan mendedahkan perkara yang berlaku dalam pemberian kontrak berkenaan melalui siri ceramah di seluruh negeri itu.

Selain itu, beliau berkata selepas pendedahan yang dibuat pihaknya pada Rabu lepas, beliau menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ada pihak yang meletakkan sampah dengan pemetik api di atas keretanya.

Pada Rabu lalu, Cassa membuat laporan polis mengenai dakwaan salah guna kuasa dalam proses pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.-BERNAMA

Lepas tu siap nak berlagak samseng main ugut-ugut orang apabila perkara sebenar hendak didedahkan.. 
Ish Ish...
Selangor makin jahanam di bawah Pakatan haram
Ubah Sekarang!

No comments:

Post a Comment