Proton P3-21A dilancar bulan ini (Pics Belakang Yang Cun!)


Proton P3-21A

Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah bakal membawa perubahan dalam industri automotif nasional diumumkan 16 Mac ini.

Menurut sumber laman sesawang automotif, Proton P3-21A ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000. P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo., adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G.

Mungkinkah P3 21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian umum, nantikan pelancaran rasmi Proton pertengahan Mac ini.

1 comment:

  1. kemungkinan menggantikan waja yang telah dihentikan keluarannya. Lagipun ia dibekal kuasa 1.8 dan 2.0 yang sesuai dengan tahap kereta berkuasa. Persona talah mengambil alih tempat wira dan ia masih lagi diterima. Kita sam2 menantikan pengumuman proton.

    ReplyDelete