Adakah Ini Bukti Bahawa Nizar Makan Duit Haram?


Elaun wakil rakyat kiri kanan dia sapu..
ADUN Pasir Panjang dia tebas..
Elaun MP Bukit Gantang dia balun..
Tapi khidmatnya kepada rakyat setakat mana?
Yang mereka tahu kerja mereka hanya berpolitik 24 jam dan hanya tau mencari salah orang sedangakan kebajikan dan nasib rakyat di kawasan yang dimiliki mereka terabai..
Apakah hukum orang yang menerima duit elaun sebegitu??

****************
Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak menghiraukan permasalahan penduduk di kawasan yang diwakilinya merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang tiga tahun lalu, Mohamad Nizar tidak pernah sekalipun membangkitkan permasalahan penduduk di situ.

“Sepanjang DUN bersidang sejak tiga tahun lalu, Nizar tidak pernah mengemukakan sebarang permasalahan penduduk di situ untuk diselesaikan.
“Beliau lebih gemar berpolitik, berceramah, memaki hamun kerajaan dan meracun pemikiran rakyat supaya terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pengundi di Pasir Panjang terbiar… jadi sebagai kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat.. BN menerusi Penyelaras DUN Pasir Panjang terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk menyelesaikan setiap masalah di situ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Lumut 2012 di Teluk Muroh dekat sini, hari ini.

Menurutnya, Nizar sepatutnya berfungsi sebagai Adun yang bertanggungjawab selaras dengan kehendak pengundi di situ, namun beliau lebih sibuk berceramah tanpa menghiraukan masalah penduduk.

“Sikap tersebut amat berbeza jika dibandingkan dengan Adun Sitiawan, (Datuk) Ngeh (Koo Ham), banyak permasalahan penduduk yang dibangkitkan dalam sidang DUN termasuk masalah ketiadaan perkhidmatan bas awam.

“Ini satu yang sangat baik, selaras dengan tanggungjawab beliau (Ngeh) sebagai wakil rakyat di situ,” katanya.

Sementara itu, Zambry turut membidas sikap pembangkang yang terus menabur fitnah serta memburukkan kerajaan dalam setiap ceramah yang diadakan dalam usaha untuk memulihkan imej mereka yang tercalar teruk berhubung isu kilang bijih besi Vale di Teluk Rubiah baru-baru ini.
“Mahu tidak mahu mereka (pakatan pembangkang) akan memperhebatkan siri ceramah mereka untuk terus memutar belit isu yang timbul terutamanya selepas kita mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani sendiri oleh Nizar.

“Kita tidak meminta mereka berhenti daripada terus berceramah tapi janganlah sampai memaki hamun orang lain, menipu, tanpa menghiraukan halal haram. Sekiranya benar mereka anak jantan kenapa tidak gunakan sahaja sidang DUN untuk berdebat dengan wakil kerajaan kerana setiap isu kita akan jawab terus, bukannya menggunakan pentas ceramah,” katanya.-Umno-Online


1 comment:

  1. SELAMAT TINGGAL PAS N 51 PASIR PANJANG PERAK.

    ReplyDelete