Azeez kata boleh mati woo..

Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini menepis dakwaan pembangkang yang menyifatkan misi bantuan kemanusiaan kelab itu sebagai hanya gimik politik.


Beliau menegaskan bantuan tersebut diberikan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik penerima.Azeez yang juga pengerusi Putera Umno Malaysia berkata, pembangkang hanya mampu mengkritik segala usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak mengotakan segala janjinya kepada rakyat.


"Kalau nak dengar kata pembangkang saja memang kita mati... (bagi) dia(pembangkang) semua tak betul. Dia bukan beri manfaat kepada rakyat tapi asyik nak kritik, kalau mereka tak boleh bantu jangan kacau (orang) yang boleh bantu, duduk diam sudahlah," katanya.


Azeez bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Lenggong di Majlis Daerah Lenggong di sini, hari ini.Sebanyak 646 keluarga dari kawasan Kota Tampan (317) dan Kenering (329) menerima bantuan berupa tilam, dapur, sejadah dan pakaian seragam sekolah. - Bernama


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

  1. Habis, kalau benar politik mengapa puak disebelah sana tidak melakukan perkara yang serupa. Jalankan misi bantuan kemana-mana tempat didunia yang menghadapi bencana.

    Sikit sikit politik sikit politik. Kepala biol mereka disana siang malam fikir benda tu je..

    Aziz, teruskan usaha mu.Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah yang akan mebalas segala usaha dan jasa.

    Puak pembangkan ibarat anjing menyalak gunung. Itu sahaja yang mereka pandai lakukan, selain memfitnah, adu domba dan menyusahkan rakyat

    ReplyDelete