Belanja Rm480k Tapi Kerja Tak Berbaloi. Teluskah Kerajaan Selangor?

SUBANG – Kecewa dengan Kerajaan Negeri yang didakwa gagal menjalankan kerja baik pulih 30 buah rumah yang terjejas dalam kejadian ribut pada 5 Februari lalu, mangsa kejadian ribut Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang berpiket secara aman, di sini semalam.


Rata-rata pemilik rumah yang ditemui tidak berpuas hati dengan kerja-kerja baik pulih rumah yang dijalankan.Salah seorang penduduk, Umi Kalsom Anuar, 36, berkata, bumbung rumahnya masih bocor walaupun kerja-kerja membaik pulih bumbung dilakukan.


Menurutnya, aduan mengenainya sudah dibuat namun kerja-kerja tidak dapat dijalankan kerana semua kontraktor terlibat beranggapan kerja-kerja baik pulih sudah selesai.“Apabila hujan, air masih bergenang dalam rumah dan Kerajaan Negeri beri tempoh hanya tiga bulan untuk menetap di rumah sementara, Kalau begini bagaimana kami hendak tinggal semula di rumah,” katanya yang tinggal di blok 2.


Kerja baik pulih rumah rosak dengan kos RM480,000 itu didakwa oleh penduduk hanya melibatkan blok 2 sahaja.Sementara itu, penduduk blok 1, Norhafizi Yusof, 35, berkata, sepatutnya kerja baik pulih melibatkan keseluruhan bahagian dalam rumah .


Katanya, pendawaian elektrik dalam rumah tidak dibaik pulih dan berisiko kerana boleh menjadi punca kebakaran apabila berlakunya litar pintas.


Norhafizi berkata, Kerajaan Negeri perlu prihatin menangani masalah yang dihadapi penduduk sebagaimana dijanjikan sebelum ini.Penasihat blok 1 dan 2, Ahmad Qurtubi Masduki pula mendakwa, peruntukan RM480,000 yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan kerja baik pulih yang dilaksanakan.


“Tidak semua bumbung ditukar baru, saluran air hujan dan pendawaian tidak dibuat. Begitu juga kerja mengecat yang tidak dilaksanakan dengan baik,” katanya.Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Anggerik, Kamarudin Ahmad memberitahu, jika Kerajaan Negeri tidak mampu melaksanakan kerja baik pulih rumah yang terjejas, BN bersedia membantu penduduk.


Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A.Samad yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu itu berjanji akan memberikan jawapan mengenainya dalam waktu terdekat.-SH


A.S kata, kontraktor mana buat kerja tu? Ada kira ka?

Kerajaan Selangor kenapa tak pantau habis kerja ni?


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment