Bosanlah!! Mak Lampir Asyik Guna Skrip Sama..


Semalam, Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Isa Saidi bersama sekumpulan ahli PKR telah memberi cabaran dan desakan terhadap Azmin supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau dan jangan terus membisu.

 Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR. Zuraidah pagi ini lantas membuat sidang akhbar untuk menjawab desakan ahli akar umbi PKR semalam dengan skrip yang sama dia mengatakan bahawa perkara ini jelas merupakan ulang tayang agenda dan fitnah jahat yang dibawa oleh Umno sejak 1998.

 Ayat toya Zuraidah kununnya dia bersimpati dengan Isa dan rakan-rakannya kerana tidak mampu menghayati politik baru yang di bawa oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat (PR) serta mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa ini untuk meninggalkan parti bagi membersihkan nama baik parti dari unsur-unsur khianat dan duri dalam daging.

 PKR Cabang Ampang juga akan membuat laporan kepada Jawatankuasa Displin Parti untuk memutuskan tindakan sewajarnya terhadap ahli-ahli parti yang terlibat dalam sidang media kelmarin.

 Zuraidah juga memfitnah mereka ini mempunyai niat jahat dan dipengaruhi oleh musuh-musuh parti yang ingin melihat parti kucar-kacir dalam menghadapi PRU13. Zuraidah juga seperti biasa menggunakan skrip yang mengaitkan bahawa ini semua UMNO punya kerja! Hahaha

PKR memang parti celaka, tiada kebebasan bersuara dan tidak boleh menerima desakan dan pandangan ahlinya sendiri!

2 comments:

  1. org tu dah kena pecat 24 jam pun tanpa Lembaga Disiplin!! demokratik sungguh!!

    NURUL IZZAH MENGAKU DIA TIDAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. AS,

    patut ahli2 pkr ni ramai2 keluar tanda protes si azmin, zuraidah & dua tiga org atas tu..kalau semua keluar mahu rebah azmin & konco2nya!!

    keluar je yg diruduh buta tuli tu..tengok mcm mana azmin nak bertahan bila tak dak orang dah sokong dia!!

    ReplyDelete