Bukut Terbaru Yang Perlu Juak Pecacai Pakatan Baca!

Suruhanjaya Pilihan Raya SPR telah mencetak 5 000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5 000 naskah dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan.

 “SPR telah mencetak 5 000 naskah versi bahasa Melayu Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses ” katanya dan menambah kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4 Tambah Abdul Aziz sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen PSC berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat

“PSC dibentang dan diluluskan Parlimen pada 2 April lalu dan banyak reaksi diterima daripada media dan pelbagai pihak Namun banyak perkara yang dikatakan itu tidak tepat ”katanya. “Ini kerana mereka tidak begitu faham proses di SPR ini banyak pihak memperkatakan berkenaan daftar pemilih Jadi kita telah mengemukakan jawapan terhadap dakwaan beberapa isu yang berkaitan daftar pemilih dalam buku kecil ini.

 ” Buku 12 muka surat itu akan diedarkan kepada parti politik jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi media termasuk orang ramai merangkumi jawapan terhadap 12 dakwaan pembangkang terhadap sistem daftar pemilih di negara ini yang dipertikaikan mereka. “SPR amat mengambil berat berkenaan perkara ini ” katanya.

“Sistem pilihan raya Malaysia adalah antara yang terbaik hinggakan negara luar melawat ke negara kita untuk melihat sendiri sistem pilihan raya kita. ” Malah tambahnya negara-negara asing ini juga turut menjemput pihaknya untuk memantau pilihan raya di negara mereka. “Kalau mereka tidak percaya kenapa mereka jemput kita? ” soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini.

 Selain itu Abdul Aziz juga meminta sesetengah pihak tidak mempersoalkan kredibiliti SPR kerana menurutnya jumlah pengundi yang ramai di negara ini mustahil untuk SPR membersihkan 100 peratus senarai daftar pemilih berkenaan.

“Kita ada 12 juta pengundi Mesti akan berlaku sedikit kesilapan Mana ada negara yang sistem daftar pengundi mereka betul-betul bersih. “Janganlah kerana sedikit kecacatan kita terus tuduh yang bukan-bukan kepada SPR. Ini sama seperti ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ ” katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu.

“SPR mengharapkan dengan pengedaran buku ini dakwaan sesetengah pihak dapat disangkal dengan fakta berikutan mereka sering mempersoalkan kredibiliti sistem daftar pemilih SPR ” tambahnya lagi.-MI


No comments:

Post a Comment