Gadis Dirogol Bergilir-gilir, Dicekik, & Dibakar Akhirnya Meninggal Dunia (Video & Gambar-Gambar)



Berita Agensi melaporkan seorang gadis Ukraine berusia 18 tahun meninggal dunia semalam setelah hampir tiga minggu peristiwa dia dirogol bergilir-gilir, dicekik, dan dibakar oleh sekumpulan pemuda. Kes yang menggemparkan Ukraine itu dilabel sebagai antara jenayah paling kejam yang pernah berlaku di negara itu.

Makar Oksana telah diperlakukan dengan kejam oleh tiga pemuda yang kemudiannya mencampak mangsa di suatu kawasan pembinaan dalam suatu serangan di bandar Mykolayiv, selatan Ukraine  pada 10 Mac lalu, jelas pendakwa.

Mangsa yang dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan pembinaan itu kemudiannya dimasukkan ke hospital dengan 55 peratus kesan terbakar dan berada dalam keadaan kritikal. Kecederaan serius yang dialami mangsa telah memaksa pihak hospital memotong kaki dan lengannya.



Oksana Makar akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah di sebuah hospital pakar di bandar timur Donetsk. Jantungnya berhenti berdegup selepas pendarahan berlaku di bahagian paru-parunya walaupun pihak hospital telah melakukan tiga percubaan untuk memulihkannya, kata Fistal Emil, Ketua Perubatan Pusat Donetsk Burns.

"Bayangkan. Mangsa telah dicekik dan mereka (penyerang) fikir dia telah meninggal dunia. Jadi, mereka membakarnya. Dia terbaring di sana selama 10 jam dalam cuaca sejuk beku dan menghidu kesan pencemaran di kawasan tersebut," kata Fistal.

Kes itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Ukraine, mendedahkan ketidakcekapan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang dan tahap masalah sosial di bandar-bandar perindustrian seperti Mykolayiv yang dibelenggu masalah dadah dan AIDS.

Salah seorang penyerang Oksana dikatakan menyewa sebuah flat yang menjadi lokasi mangsa dirogol dan dicekik, sebelum dibakar dalam usaha untuk menutup jejak mereka.

Media Ukraine mendakwa penyerang yang terlibat adalah anak golongan atasan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, nama-nama mereka belum lagi diumumkan kepada media secara rasmi.

Ketiga-tiga suspek telah ditangkap pada 11 Mac tetapi pihak berkuasa telah membebaskan dua daripada suspek. Tindakan tersebut telah mencetuskan demonstrasi penduduk tempatan serta kumpulan feminis Femen yang mengadakan bantahan topless di pejabat am pendakwa Ukraine di Kiev.

Selepas bantahan tersebut, dua lelaki itu ditahan semula pada 13 Mac lalu. Dua suspek kemudiannya didakwa atas kesalahan merogol secara bergilir-gilir dan seorang lagi atas kesalahan merogol dan dan cubaan membunuh. -DCM




P/s: Kejam gila! 

Berdasarkan laporan Kyivweekly, ketiga-tiga suspek kini akan didakwa atas kesalahan membunuh dan jika disabitkan bersalah akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup

"Sebelum ini, ketiga-tiga mereka dituduh atas kesalahan merogol dan cuba menyembunyikan perbuatan jenayah, manakala seorang suspek dituduh atas kesalahan cubaan membunuh," kata Ketua Perhubungan Awam MIA, Volodymyr Polishchuk.

"Selepas mangsa meninggal dunia, ketiga-tiga suspek akan didakwa di bawah Bahagian 2 Perkara 115 Kanun Jenayah Ukraine, jika disabitkan kesalahan, suspek akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup" 

No comments:

Post a Comment