Pinjaman Pelajaran Dari Yayasan Negeri Di Negeri-Negeri Pakatan Akan Dihapuskan?:


Rasanya sukar nak jadi kenyataan la bagi tajuk diatas!

Sebagaimana yang aku tau, selain dari biasiswa, setiap negeri ada Yayasan dan badan yang tersendiri bagi memberi Pinjaman melanjutkan pelajaran untuk membantu anak-anak negeri tersebut melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi tak kiralah samada dalam negara ataupun luar negara.

 Pelbagai janji yang amat manis telah ditabur oleh pemimpin pakatan haram terutamanya Anwar Ibrahim iaitu akan menghapuskan pinjaman PTPTN merupakan suatu yang menarik jika didengar.
 Tapi aku nak minta satu saja benda..

 Minta Guan Eng hapuskan pinjaman pelajaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Minta Khalid Brahim hapuskan pinjaman pelajaran Yayasan Selangor
Minta Pok Nik batalkan segala pinjaman dan beri semuanya biasiswa dari Yayasan kelantan untuk melanjutkan peljaran
Serta dipohon dengan segala hormatnya Ostad Zizan batalkan semua pinjaman pelajaran Yayasan Kedah bagi anak-anak negeri Kedah dan ditukarkan kepada biasiswa bagi untuk mereka..

 Boleh buat semua ni, baru aku percaya PTPTN boleh dihapuskan..
 Kena ingat juga, Pinjaman PTPTN melibatkan fund berpuluh-puluh bilion RM dibandingkan pinjaman pelajaran dari kerajaan negeri yang hanya membabitkan nilai yang tak terlalu besar..

 Amacam? Boleh ka juak Pakatan Haram sahut cabaran ini?
Umumkan secepat mungkin sebelum PRU13 ini!

No comments:

Post a Comment