Popularity Anwar di Penang Merudum! Guan Eng susah hati.

Kepimpinan agresif oleh ketua Barisan Nasional (BN) baru Penang Teng Chang Yeow dan penurunan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri itu telah memberikan kerajaan harapan mereka akan menawan kembali negeri berkenaan daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang. 


Difahamkan, BN mahu Ketua Menteri sedia ada Lim Guan Eng hanya bertahan di negeri itu tanpa berkempen di mana-mana lokasi dalam pilihan raya tersebut. Sumber mengesahkan kaji selidik dalaman DAP menunjukkan populariti Anwar merundum termasuk di kerusinya sendiri di Permatang Pauh. 


“Lim perlu melakukan sesuatu sekarang kerana sokongan Melayu telah berubah. Populariti Anwar (gambar) telah turun kepada hanya 50 peratus di Permatang Pauh dan ia amat dibimbangkan,” kata sumber DAP kepada The Malaysian Insider.


 Tambahnya, Lim telah mula menggerakkan parti dan pakatannya termasuk PAS dan PKR untuk melakukan kempen yang lebih menyeluruh untuk mengekalkan negeri itu, di mana PR menguasai 29 daripada 40 kerusi. Umno menguasai 11 kerusi yang lainnya. “Lim berkata tiada kerusi yang selamat dan perlu bekerja keras untuk mendapatkannya bagi mengekalkan negeri ini,” kata sumber lain. 


Pulau Pinang merupakan kawasan Anwar dan Permatang Pauh merupakan kerusinya sejak menyertai politik pada 1982. Sumber dalaman DAP berkata tiada ancaman Anwar akan kehilangan kerusinya, namun prestasi yang lemah memungkinkan BN menguasai negeri tersebut. 


“Lim memberi jaminan Cina akan mengundi mereka, tapi undi Melayu adalah sukar dan Umno percaya mereka akan menguasai demografi berkenaan, dengan Chang Yeow dari Gerakan memberikan alternatif kepada DAP,” kata sumber BN. 


Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengumumkan jawatan baru Chang Yeow semalam, menamatkan enam bulan kerja belakang tabir BN negeri. The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan November lalu, Chang Yeow akan menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk pilihan raya akan datang tapi parti politik menangguhkan pertemuan itu. 


Ketua Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan akan kekal di kedudukannya tapi kemenangan BN akan memastikan Chang Yeow berpotensi dilantik sebagai ketua menteri. Turut difahamkan Gerakan akan mendapatkan lebih banyak kerusi dari MCA dalam pilihan raya umum akan datang. “Lawatan Najib sepanjang minggu lalu untuk meningkatkan BN Pulau Pinang dan memberitahu mereka negeri itu amat penting seperti negeri lain dalam pilihan raya,” kata sumber BN yang lain. 


Chang Yeow adalah Adun tiga penggal negeri itu untuk kerusi Padang Kota antara tahun 1995 dan 2008 apabila beliau tewas kerusinya dan BN negeri tumbang. Beliau merupakan exco kerajaan negeri antara tahun 2004 dan 2008.


Beliau adalah calon terbaik yang menentang Pengerusi DAP Karpal Singh untuk kerusi Padang Kota pada pilihan raya 1995, dengan majoriti lebih 2,500 undi. Hock Nan pula telah menjadi ketua Gerakan Pulau Pinang sejak 2008 dan merupakan Naib Presiden parti sejak 2005.


Beliau juga telah berkhidmat sebagai Adun selama tiga penggal dan juga calon berkelayakan untuk menjadi ketua menteri II sekiranya Gerakan mengekalkan negeri itu pada pilihan raya 2008. 


Koh, yang baru-baru ini memperbaharui penggalnya sebagai senator, telah mengumumkan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang, selepas media BN mengatakan keperluan untuk mengubah parti pelbagai kaum itu. 


Turut difahamkan pandangan Putrajaya terhadap beliau perlu berundur sebagai ketua parti komponen BN sebelum pilihan raya sekiranya perikatan itu berhasrat menawan Pulau Pinang-MInsider


SEKIRANYA BENAR DAN TEPAT SPT APA YANG DILAPORKAN OLEH MALAYSIAN INSIDER, MAKA ITU ADALAH SATU PETANDA YANG BAIK BAGI BN MERAMPAS KEMBALI P.PINANG.


AKU SENDIRI SBG INDIVIDU YANG SERING TURUN PADANG JUGA MENERIMA REAKSI YANG SAMA. MAJORITY RAKYAT YANG DITEMUI RATA-RATANYA SEMAKIN MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT & SONGSANG YG DIBAWA OLEH ANWAR IBRAHIM.


INSYAALLAH. TIADA YG MUSTAHIL BN MAMPU DIRAMPAS KEMBALI OLEH BN.


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

  1. Pening kepala LGE akan terus parah bila BN tingkatkan usaha!!

    NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kalau bn menang balik di pp
    hj nordin hj cdz tuk mud hj rashid yg paling seronok...projek projek projek.nasib melayu akan lebih teruk di bawah bn nanti.cukuplah apa yg berlaku sebelum dap ambil tampuk pemerintahan .

    TAKKAN TIADA SATU PUN KEBAIKAN YG DI BUAT OLAH DAP TERHADAP MELAYU ISLAM DI PPINANG NIE?

    ReplyDelete
  3. biasalah...pandikuttylah yang balun projek semua..melayu makin merempatlah...

    ReplyDelete