Sekitar Ceramah Ustaz Kamal Saidin Di Sungai Bakap Yang Panas!

DUN Sungai Bakap dibawah Parlimen Nibong Tebal sekarang kerusinya disandang oleh ADUN PKR iaitu YB Makhtar. Kehadiran hadirin yang hampir menjangkau 1,000 orang di Kampung Permatang Ara iaitu kawasan yang dikatakan kubu kuat Ust Makhtar nampaknya memberi petanda buruk kepada mereka dalam menghadapi PRU13 akan datang.

Penjelasan dari ustaz kamal yang penuh fakta disertai dengan hadis dan petikan ayat al-Quran bagi menjelaskan perihal sebenar kebejatan pakatan haram terutamanya PAS nampaknya dapat membuka mata dan minda dari sebahagian hadirin belah 'sana' yang turut sama mendengar ceramah dari beliau.

Nampaknya tiada yang mustahil kerusi parlimen Nibong Tebal dan DUN Sungai Bakap mampu dirampas kembali oleh UMNO/BN. Wajah sebenar  yang didedahkan banyak menyedarkan umat islam di Sungai Bakap bahawa DAP sebenarnya adalah parti anti Islam tapi hanya berpura-pura sahaja demi untuk menagih undi dari insan yang mudah tertipu dengan wayang mereka.






No comments:

Post a Comment