Walaupun rakan lama Dr Hassan Ali buat kacau, roadshow beliau di Parit Buntar tetap dapat sambutan 5000 orang (gambar-gambar)


Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza.- fb Hassan Ali


Begitulah sikap puak khawarij PAS. Mereka sanggup memutuskan ikatan silaturrahim dan semangat ukhuwah sesama muslim hanya kerana Dr Hassan tidak bersama lagi.

Ustaz hafiz yang juga bekas ketua pemuda PAS Pulau Pinang pula diherdik dan dihina hanya kerana beliau membongkarkan kebenaran dan fakta berkenaan KM P.Pinang iaitu Guan Eng yang banyak menafikan hak orang Islam.


Puak hamPAS nampaknya terkesan dan rasa tergugat apabila roadshow Dr Hassan Ali berjaya menembusi kubu kuat mereka di Parit Buntar dan lebih membengangkan puak pas bilamana ribuan hadirin membanjiri program ini bagi mendengar sendiri kebejatan parti PAS yang makin terpesong dari landasan sebenar!


p








No comments:

Post a Comment