22,270 Sahaja? Kah kah kah

Aku dari tu dah agak dah. Paling banyak puak bershit 3.0 yang hadir dalam 40,000 orang je. Tapi kiraan dari Bernama sendiri mengesahkan dengan tepat jumlahnya hanyalah lebih 22,000 orang saja. Puak pakatan ni memang suka bikin gempak, tapi realitynya tak setara manapun!

Angka BBC pun tak jauh lari dari anggaran Bernama! Hahaha
Sure Ambega dan Anwar bengkek je kalau depa baca. Nak pembohong sampai 250,000 orang pun patut padan lah wooi!!

 Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini. Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

 "Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia. "Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: “Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

 "Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya. "Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar. "Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.

 Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC. Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang. “Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA

1 comment:

  1. yg sebenargnya...paksheikh tidak berbohong...paksheikh cuma kelentong jer...paksheikh maseh terkenang2 episod makan tomyam kat bangkok...paksheikh merujuk kepada nilai baht...yakni...222,700 baht sebenarnya...betullah tu...bila di convert ke nilai RM...maka betullah nilainya...yakni...jumlahnya...22,270 .....memang sah lah...paksheikh al joob joob pukui kelileng....kehkehkehkehkeh

    ReplyDelete