hamPAS! MIC pun minta pendirian isu hukum Hudud!

Setiausaha Agung MIC, S. Murugessan


Pakatan Rakyat (PR) harus menyatakan pendirian mereka berkenaan dengan pelaksanaan hukum hudud dengan jelas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi pengundi membuat penilaian dan pendirian.MIC membuat gesaan itu, yang jarang-jarang dilahirkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) ketiga utama ini, atas alasan pengundi tidak wajar dikelirukan dengan kenyataan bahawa PR hanya akan memutuskan kemudian iaitu membentuk Kerajaan Pusat.

Umno dan MCA pernah membuat pendirian sebelum."Mereka harus menyatakan pendirian sekarang. Jika saya mahu mengundi, mereka harus menyatakan pegangan dalam isu ini, saya perlu tahu pendirian bersama Pakatan Rakyat, untuk saya membuat keputusan sebelum hari pengundian."Sedangkan mereka tidak boleh membuat keputusan sekarang, apa jaminan mereka tidak akan bertengkar sesama mereka selepas saya (rakyat) memilih mereka.

Saya tidak mahu negara ini hancur, berpecah kerana pertelingkahan mereka kelak, selepas pilihan raya selesai," kata Setiausaha Agung MIC, S. Murugessan,semalam.Murugessan, seorang peguam berkata, soal pelaksanaan hukum hudud yang hendak dibawa oleh Pas sedangkan ditentang DAP, adalah satu "isu fundamental" melibatkan kepentingan negara walaupun Pas berpendirian bahawa ia hanya akan melibatkan masyarakat Muslim.

"Jadi setiap pengundi perlu tahu pendirian mereka dalam soal hudud sebelum hari pengundian... setiap pengundi berhak untuk mengetuai pendirian DAP dan juga PKR," kata beliau yang bertanding kerusi Parlimen Subang pada Mac 2008.

Kata beliau, sekurang-kurangnya Pengerusi DAP Karpal Singh telah memperlihatkan pendirian beliau yang jelas dan konsisten dalam isu hukum hudud, yang dijangka akan menjadi antara modal kempen PRU13.

Pas berusaha melaksanakan hudud sejak mula memerintah Kelantan. Ia telah menggubal undang-undang berkaitan 18 tahun lalu."Kami mahu pendirian rasmi setiap parti dan PR. Mereka harus menyatakan pendirian terbuka macam Karpal buat.

Ini sesuatu yang mengarut, anda sebagai parti politik harus melahirkan pendirian. Ini satu isu yang sangat fundamental," katanya lagi.SH


AS KATA PAS TAKKAN BERANI SEBUT PERKATAAN HUDUD DI DEPAN BIG BRADER MEREKA IAITU DAP. ISU HUDUD IALAH MODAL PAS MEMPERGUNAKAN HUKUM ALLAH UNTUK MERAIH SOKONGAN POLITIK SAJA WALHAL REALITYNYA MEREKA TAKKAN MELAKSANAKANNYA JIKA SEKALIPUN DIBERI PELUANG MEMERINTAH.

MAKA KELUARLAH PELBAGAI ALASAN PAS YANG KELUAR TOPIK UNTUK MENANGGUHKAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD SEPERTI GAJI MINIMUM DAN SIFAR PENGAGGURAN.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment