Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat
Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.-SH
A.S NAMPAK NENEK TU ELOK JE BERTUDUNG LABUH. ITU LA PASAL, KITA JGN LIHAT SESEORG TU DARI LUARAN SAJA.
BEGITU JUGA JUAK PAS,KITA JGN MUDAH TERTIPU DGN PENAMPILAN MERELA, WALHAL HATI DEPA BUSUK ALLAH SJ YANG TAU. (BUKAN SEMUA YE!)
Salam. Sy rasa agak keterlaluan kalau kita hanya menyabitkan kesalahannya kerana ia telah melanggar hukum. Mungkin kita belum tahu niatnya ialah sekadar menumpang atau meminta tolong. Lazimnya usia warga emas ini sudah hilang nafsu dan tidak mampu lagi untuk mendorong kepada jadinya benda terlarang. Sptmana kita tahu warga bangla mmg baik budi dan suka menolong. Mungkin anggapnya seorang ibu.. Maka samalah kuta munasabah diri.
ReplyDeleteYang pasti nenak ni adalah ahli PAS sebab PAS dan seks tidak boleh dipisahkan.
ReplyDelete