Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api. Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.
Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya. Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini.
PELAJAR IPT MALAYSIA -Utusan
************
A.S kata mungkin ini kejadian yang terpencil.
Kebiasaanya, jika perjalanan jauh bas ekspres akan berhenti samada di R nR ataupun tempat hentian yang selalunya mempunya kemudahan solat.
Ataupun jika lebih 2 marhalah, (92km), dibolehkan mengqasar dan menjamak solat tersebut.
Atau kalau susah sangat, cakap elok-elok dengan driver bas tu, InsyaAllah dia berhenti jika kena pada keperluannya..
Majority driver bas ekspres adalah orang islam.
Di Malaysia yang ditadbir BN ni, masjid dan surau sangatlah mudah didapati dan jaraknya tak terlalu jauh antara satu sama lain.
Diorang penah dengar istilah "sembahyang duduk" dengan istilah " tayamum" tak?
ReplyDeleteTapi... Kalo kat Kelantan tu possible laa... Sebab berhala lg banyak dari masjid... Kua kua kua kua kua!!
ReplyDeleteMasalahnye banyak driver atau 'pilot' (perasan) bas ekspres kaki tk semayang lepas tak nak bagi orang sembahyang.. mmglah kerajaan sediakan masjid surau berlambak2, R&R surau yg selesa.. tp kuasa menghentikan bas ikut waktu yg betul tu di tangan pemandu2 liat Solat ni..
ReplyDeleteKalo korang rajin naik bas ekspres tahulah degil dan bengong nyer segelintir pemandu2 bas ekspres terutama company2 cap ayam or non muslim.
Kalau trip bas pukul 12tgh hari dan sampai destinasi pukul 6 petang, apa salahnya berhenti dlm waktu zohor (1-3ptg) di mana2 R n R atau pun waktu asar, barulah boleh buat Solat Jamak.. klu xberhenti nak jamak kt mana oiii??
yg boleh buat ialah dlm bas solat hormat waktu je lah.. sbb driver bas xpaham2 bahasa..