Guan Eng Muka Kulit Biawak! Billboard Ini Harus Diruntuhkan Segera!

Bill board ini dipasang di Bayan Baru.
Kalau korang nak tau, di P.Pinang sekarang penuh dengan billboard haprak retorik yang menghabiskan duit rakyat semata-mata hanya untuk menipu rakyat.
Di Selangor juga dikhabarkan keadaan yang sama berlaku.

Billboard ini harus diruntuhkan segera kerana pembohong besar!

Pemimpin seperti Guan Eng menyembunyikan sesetengah fakta yang tidak populis untuk mereka, sekali gus mengelirukan rakyat demi meningkatkan populariti semata-mata.

Dalam isu pengurangan hutang sebanyak RM600 juta ini yang kononnya berjaya diselesaikan kerajaan DAP Pulau Pinang selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, mereka tidak menjelaskan kepada rakyat bahawa ia adalah disebabkan penghijrahan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).


Mereka juga tidak menjelaskan bahawa rakyat Pulau Pinang sendiri sebenarnya harus membayar RM14 juta setiap tahun kepada Kerajaan Pusat bagi tempoh 45 tahun yang berjumlah RM630 juta sebagai bayaran pelupusan hutang.

Bagaimana hendak membayar hutang penghijrahan aset air ini? Sudah tentu rakyat yang menanggungnya apabila terpaksa bayar RM14 juta semata-mata untuk meningkatkan imej kerajaan negeri. Sungguh celaka sekali apabila mereka menggunakan isu mengurangkan hutang sebagai modal untuk berpolitik

No comments:

Post a Comment