Guan Eng Sorang Je Tamak & Bacol.

Menurut laporan yang diterima, pakatan haram telah bersetuju pada PRU13 kali ini mereka akan meletakkan seorang calon sahaja untuk bertanding di satu kerusi sahaja iaitu DUN atau Parlimen.

Ini berbeza dari PRU12 yang lalu dimana boleh dikatakan ramai juga calon dari pakatan yang bertanding di kedua-dua kerusi tersebut pada masa yang sama. Keadaan ini memperlihatkan seolah-olah pakatan ketandusan calon yang sesuai untuk mewakili parti mereka.

Keputusan sebulat suara juga sudah diterima dan masing-masing dalam parti komponen pakatan akan melaksanakan kaedah tersebut berdasarkan kesesuaian calon tersebut untuk diletakkan samada bertanding di kerusi DUN atau parlimen.

Namun ada sekor je mamat ni, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, si Lim Guan Eng berkeras dan degil akan tetap bertanding mewakili DAP bagi kedua-dua kerusi parlimen dan DUN. Kerusi yang diwakili bagi Parlimen sekarang ialah Bagan manakala DUN ialah Air Puteh.

Ini kerana Guan Eng seorang yang 'tamak' dan takut untuk kehilangan kuasa.
Guan Eng tak mahu bertanding DUN sahaja kerana ramai suara akar umbi DAP mahukan anak tempatan seperti Exco sekarang iaitu Chow Kon Yeow diangkat menjadi KM.

Daripada dia melopong begitu saja, baik Guan Eng bertanding kerusi parlimen Bagan. Manalah tau, kot-kot pakatan menang (nauzubillah), boleh jadi menteri atau mana tahu diangkat menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang karpal Singh dambakan.

kesimpulannya, Guan Eng ni seorang yang tamak dan bacul!

No comments:

Post a Comment