Korang jangan le expect apa yang ditajuk tu betul. Pok Nik takde masa nak tengokkan si 'Kajol' ni walaupun dalam negeri dia. Yang dia tau mencelakokan orang UMNO dan sanggup menyanjung DAP anti islam dari berbaik dengan UMNO.
Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.
Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.
Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.
Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.
wow,,, insaf, bagus2,,, tapi kalau boleh celak, bulu mata tu tak yah la,,, gunting rambut kasi pendek. aduahiiiii ( takut insaf tapi tak taubat jerr )
ReplyDelete