Kerana Tarian Dan Gendang Pun Mahu Berperang?

Kalau isu sempadan atau pencerobohan tentera atau pihak berkuasa masing-masing masuk ke bumi jiran tetangga, wajarlah ia menjadi ribut dan mencetuskan bantahan dan seumpamanya. Tetapi apabila isunya berebut asal usul tarian dan gendang, saya rasa ia sesuatu yang keterlaluan dan melampau.Takkanlah sampai nak berdemonstrasi dan merusuh.

Habis harta rosak dan nyawa hampir melayang semata-mata kerana tarian dan gendang: persis sebagaimana si bujang lapok marahkan s. kadarisman kerana nak berbunuh semata-mata kerana belacan!

 Berikut laporan tindak-balas warga Indonesia akibat isu ini:


Kumpulan NGO Pemuda Pancasila itu, yang sebelumnya membakar bendera Malaysia dan melempar telur ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan selepas solat Jumaat, terus menghala ke Malaysia Hall di Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng dan mula bertindak lebih ganas.

Di Malaysia Hall, mereka menyerang seorang pengawal keselamatan di situ menyebabkannya cedera ringan, membaling batu besar hingga memecahkan tingkap rumah warden selain merosakkan pintu pagar utama dan mengotorkan tingkap bangunan itu dengan telur yang dilempar ke situ.
Kumpulan perusuh itu juga merosakkkan bumbung bahagian hadapan Malaysia Hall dengan lemparan batu-batu. Pengarah Education Malaysia (EM) Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kejadian di Malaysia Hall itu berlaku pada pukul 1.45 petang apabila sekumpulan 50 anggota Pemuda Pancasila mula menyerang dengan melempar batu, kayu dan telur ke bangunan Malaysia Hall.


Bukan berebut telaga minyak, bukan berebut pulau atau tanah tetapi insiden ini tercetus akibat tarian dan gendang yang Pak Menteri Malaysia mahu tuntut sebagai warisan kita.

Ini sebagaimana laporan BERNAMA:

Menurut laporan BERNAMA:


SINGAPURA, 18 Jun (Bernama) — Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) masyarakat Mandailing akan tetap diwartakan sebagai warisan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata setiap bangsa berhak mengamalkan budaya asal usul mereka dan “tor-tor dan gendang besar bukan dimiliki oleh seseorang menurut Konvensi Geneva.”

Tindakan merusuh dan merosakkan harta kita itu sangat dikesali dan malah tindakan Pak Menteri menuntut hak ke atas sesuatu yang memang merupakan budaya rantau ini juga bagi saya sesuatu yang keterlaluan lebih mementingkan diri sendiri tanpa berfikir secara rasional dan objektif.

 Kalau mahu dipupuk dan dimajukan tarian dan gendang berkenaan, teruskanlah tetapi janganlah sampai berebut-rebut dengan tetangga lain yang turut punya tuntutan dan sejarah mereka. Bagi saya isu ini sangat remeh dan tidak merupakan sesuatu yang rakyat Malaysia mahu perjuang dan pertahankan sangat.

 Pemuda Pancasila yang kepala angin itu memang keterlaluan dan Pak Menteri kita juga tak kurang begitu bagi saya. Carilah jalan penyelesaian yang membawa kepada tolak-ansur dan kasih-sayang, tak perlu bertegang-tegang. -SUMBER

1 comment:

  1. bangsa indon memang jenis bangsa yg BODOH BANGANG jenis spesis kedarah bangkai

    ReplyDelete