Kisah Sebenar Yang Berlaku Semasa Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malaysia vs Singapura Tempohari

Pengadil salah faham niat Aidil Zafuan dan memberi pasukan Singa peluang untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 2-2.


Ditulis oleh Ahmad Fuad.

 Kedatangan Ultras Malaya telah menyemarakan suasana perlawanan dua musuh ketat Malaysia dan Singapura, yang diwakili kesebelasan utama dari LIONSXII. Kehadiran para penyokong setia Malaysia ini telah mencetuskan kekecohan dua jam sebelum perlawanan apabila pergaduhan antara dua pihak telah dilaporkan hingga menyebabkan pegawai anti rusuhan mula bertindak tegas.

 Suasana hangat ini reda seketika dengan laungan 'Negaraku' lebih 500 peminat Malaysia yang hadir. Malangnya, begitu juga rentak perlawanan yang bermula agak perlahan dengan kedua-dua pasukan tidak dapat menembusi barisan pertahanan lawan masing-masing. Sejurus itu, Agu Casmir berjaya mengatasi Aidil dan dihadiahkan tendangan sudut pada minit ketiga hingga memaksa Khairul Fahmi untuk menepis bola seminit kemudian dengan tandukan kuat ke arah pintu gol.

 Pada minit ke 43, pemain gantian Azamuddin Akil membuka tirai jaringan dengan melakukan hantaran cantik kepada Safee yang telah menggelecek masuk ke dalam kotak penalti sebelum dihantar semula kepada penyerang Pahang itu. Separuh masa kedua telah menyaksikan kedua-dua pasukan dirombak dengan pemain gantian dan Mustafic Fahrudin mencetuskan kemarahan pemain Malaysia apabila memaksa rakan sepasukan untuk terus mara walaupun Safee Sali kelihatan dalam kesakitan setelah diasak oleh pemain Singapura pada minit ke 65.

Kapten pasukan Malaysia, Safiq Rahim, menebus kemarahan dengan rembatan ke sudut kanan gawang hasil tendangan percuma empat minit kemudian untuk memberi kelebihan 2-0 untuk Malaysia.

 Pasukan Singapura memperoleh peluang keemasan pada minit ke 82 apabila Khairul Fahmi mengasari Khairul Nizam di dalam kotak penalti dan pengadil dari Hong Kong Ng Kai Lam memberi tendangan penalti yang kemudian diambil oleh Mustafic sebelum ia diselamatkan penjaga gol Kelantan itu.Walaubagaimanapun Ng telah memberi Aidil kad kuning dalam minit kontroversi dan menghadiahkan pasukan tuan rumah tendangan percuma dalam kotak yang disepak masuk oleh Shahdan Sulaiman.

 Shahdan sekali lagi bertindak baik pada minit terakhir dengan hantaran lintang kepada Qiu Li yang terus merobek pintu gol Malaysia untuk gol penyamaan.  Dato' K Rajagobal pula telah berkata: " Kami sepatutnya menang." sebelum menambah "Saya tidak sabar untuk kembali beraksi di Shah Alam."

 Aidil telah menjelaskan tentang minit kontroversi yang melibatkannya : "Saya tidak faham dengan keputusan pengadil walaupun penjelasan telah diberikan. Saya hanya menyambut aksi Khairul yang telah menyelamatkan pintu gol kami. Saya tidak faham dengan kesalahan undang-undang yang telah saya lakukan."

 Pemain itu juga telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Malaysia yang tidak putus untuk memberi sokongan sehingga wisel penamat dibunyikan. Pasukan Singapura akan kembali bertembung dengan Malaysia di Shah Alam pada 12 Jun. SUMBER

**********

Mengikut undang-undang, free kick dalam kotak ni terjadi bila keeper tangkap bola back pass dari defend sendiri.Yang lain-lain tu tak pernah tengok la plak.


Menurut info, hanya kerana Aidil Zafuan cakap 'YES' dan meraikan secara berlebihan kononnya sebab Apek save penalti tu pun dapat free kick jugak ka? 
Aidil bukannya buat kesalahan padang.
Dia pun bukannya buat foul pada player singapork pun aku mmg  tak paham macamna boleh ada 
free kick dalam kotak penalti tu.


Dan akhir kata, adakah kerana pengadil itu dari Hong Kong maka seboleh-bolehnya dia nak pastikan Singapura sebagai negara rapat mereka taknak kalah dengan Malaysia?
.

3 comments:

  1. walau seri aku ucapkan syabas...

    nanti main kat shah alam jgn lupa hentam singapork kaw kaw!!!

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. Apa kelas lawan Negara yg tak percaya terhadap kemampuan rakyatnya sendiri..hahahaha

    Nak harapkan pemain dari negara sendiri main rasanya tak mampu, maka beli jer la pemain dari luar..

    Kalau nak beli pemain tu, pastikan yg boleh membawa negara ke peringkat lebih tinggi..kurang2nya boleh masuk olimpik atau piala dunia...hahahaha

    Kalau setakat nak gah di asia tenggara sahaja baik guna anak tempatan..kalah pun anak tempatan sendiri, kemampuan sendiri. Kalau ada pemain import yg sama taraf dgn pemain dari asia tenggara buat perabih boreh jo...hahahaha...

    Kalau menang pun kat mana kepuasannya?..org boleh kata ..menang dgn pemain import..kahkahkah....

    ReplyDelete