Tu Dia! Kosmo Pula Dikatakan Hina Sultan Johor???


Ada puak pakatan nak buat repot polis diatas karikatur yang tersiar di akhbar Kosmo baru-baru ini kononnya dikatakan telah menghina Sultan Johor.

Kalau kita bandingkan bait-bait kartun diatas dengan tweet dari Nizar , apa yang cuba disampaikan amat berbeda sekali. Kartun diatas hanya humor yang tiada kaitan langsung DYMM Sultan Johor menang  bidaan plet WWW1 tempohari. Ia suatu yang subjektif dengan mengatakan ada nombor selepas WWW1 itu.

Mungkin plet WWW1234 yang mana aku yakin kalau DYMM Sultan Johor melihat kartun ini tiada sikit pun baginda akan tersinggung dan akan menganggap ia hanya gurauan sahaja.
Kita bandingkan tweet Nizar yang jelas berniat jahat untuk memperburukkan imej DYMM Sultan Johor.
Jelas-sejelas-jelasnya. Apa yang penting, orang dapat lihat nawaitu seseorang itu samada baik atau berniat buruk dari gerakgaya penulisan dan kelakuan yang telah dilakukan.

No comments:

Post a Comment