Enam badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.
NGO yang terlibat terdiri Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia(Pekida), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah.
Jurucakap kepada keenam-enam NGO tersebut yang juga Pengerusi Pekida Kota Setar, Mursyid Ariffin mendakwa banyak rumah urut dan pusat hiburan dibuka menerusi kelulusan diberi oleh kerajaan negeri.
Katanya, hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen dan selebihnya tidak mempunyai lesen di samping ada juga yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.
Mursyid mendakwa akibat kurang atau tidak adanya pemantauan, ramai remaja Melayu Islam terlibat dalam gejala sosial seperti melakukan kegiatan tidak bermoral dalam bilik hotel dan pusat hiburan selain terlibat mengambil pil khayal dan minuman keras.
"Setakat ini tidak ada operasi penguatkuasa kerajaan negeri ke atas pengusaha hotel bajet yang menyewa bilik kepada pasangan melakukan maksiat," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi aman oleh kira-kira 50 anggota NGO tersebut di hadapan Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Mursyid berkata pemantauan yang dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga' kerana tidak secara berterusan bagi mencegah kegiatan tidak bermoral itu.
Beliau berkata pihaknya sedia turut sama menyertai operasi membanteras kegiatan maksiat jika diminta.
Sebelum itu Mursyid menyerahkan memorandum daripada NGO berkenaan kepada wakil Menteri Besar Kedah, Mohd Rosli Azmi.- Bernama
tanya ustaz azhar tengok yang ni halallan toyiba ka? sebelum basuh pungong orang seribu elok la basuh dulu pungong bapa yang satu.
ReplyDelete