KUALA LUMPUR: “Tiada orang tegur pakaian dipakai pengantin itu seksi. Ia lebih kepada rekaan fesyen kebaratan, (adat) ada orang suka dan yang tidak suka,” kata penganjur majlis perkahwinan artis, Ezlynn dengan Adam dan Memey dengan Norman Hakim.
Menurutnya, pandangan negatif dan kritikan di Internet tidak memberi kesan kepadanya.“Perkara itu tidak menjadi isu. Perkara yang timbul ialah sama ada rekaan pakaian itu cantik atau tidak,” katanya.Mengulas komen negatif di kalangan pengguna Internet mengenai pakaian pengantin artis terbabit yang dikatakan seksi dan bertentangan dengan adat Melayu, penganjur terbabit berpendapat Internet sering dijadikan medan untuk mengkritik dan jarang ada komen positif.
“Kalau kita hendak dengar kritikan atau pandangan negatif, kita tidak boleh buat perniagaan. Saya lakukan ini daripada sudut perniagaan,” katanya.
Sementara itu, perunding perkahwinan, Othman Abdullah atau lebih dikenali sebagai Man Kajang berkata, dalam mereka pakaian pengantin, seboleh-bolehnya dia menghasilkan rekaan yang tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh dan tidak terlalu seksi.Menurutnya, pada kebiasaannya majlis yang tidak mengikut adat budaya Melayu dibuat sama ada disebabkan tiada orang tua di dalam majlis berkenaan atau dibuat secara tertutup dengan menjemput saudara mara terdekat atau teman rapat.
Dia yang berpengalaman 22 tahun dalam rekaan pakaian pengantin berkata, setiap individu yang datang untuk menempah pakaian pengantin biasanya mempunyai konsep yang diinginkan dan bergantung kepada tempat majlis diadakan.
“Bagaimanapun, saya tidak mengikut 100 peratus kata pelanggan bagi mengelakkan majlis berkenaan cacat. Sebagai contoh, ada pelanggan membuat tempahan mengikut cita rasa mereka tetapi warna dicadangkan tidak sesuai dengan konsep yang dimahukan, menyebabkan nampak cacamarba.“Kebiasaannya jika baju pengantin berkenaan mempunyai korset, saya akan tutup dengan selendang atau layah yang sarat bunga supaya bahagian bahu tidak nampak ketara.
“Tidak semua pengantin suka pakaian seksi. Saya juga masih menerapkan budaya ketimuran dalam konsep yang diminta pelanggan,” katanya.Man Kajang berkata, jika bakal pengantin masih mahu menempah baju pengantin yang seksi, perlu ada toleransi.-MA
Published with Blogger-droid v2.0.4
memang spesis mangkuk azlyn dengan meme tu. pengantin perempuan orang putih pun tak pakai skirt masa diaorang kawin sebaliknya pakai dress labuh. ni lebih barat dari barat. dapat pulak laki bodoh. dah banyak sangat pahala kut tu yang rela suka nak tampung dosa isteri. nak kata tak tau hukum tipu lah. ni jenis ambil mudah. pengantin lain kalau kawin nak lah jadi kenangan manis tak kira la dari segi pakaian ke apa. nanti boleh la tunjuk cucu cicit. kalau gini gayanya boleh bangga ke? contoh terdekat pakaian pengantin awal-scha. sopan dan manis je. tak payah nak dedah atas bawah. sedangkan scha tu dianugerahkan Allah tubuh yang memang cantik.
ReplyDeleteDia orang kawin kerana nafsu. Kau tengoklah dah longgar nanti cari yang lain.
ReplyDelete