Rakyat P.Pinang Makan Sisa Makanan Di bawah kerajaan DAP Yang Gagal Atasi Masalah Kemiskinan


Penduduk di sekitar bandaraya George Town kecewa dengan kelemahan kerajaan negeri yang ternyata gagal menyelesaikan masalah kemiskinan.Mereka rasa terharu selepas membaca  berita yang disiarkan dalam akhbar tempatan yang menyatakan kemiskinan berlaku di kawasan bandar dalam keadaan yang serius.

Berita berkenaan telah menjadi tumpuan  masyarakat tempatan dan telah mendapat bantuan segera dari Penyelaras BN negeri Kawasan Komtar.Kesan daripada itu , Pengerusi EXCO Lembaga Perumahan Negeri akhirnya menyerahkan satu surat kelulusan menyewa rumah pangsa di Padang Tembak kepada keluarga tersebut. Beliau berkata keluarga yang melarat ini memerlukan pengendalian khas.

 Akibat miskin dan tidak menerima apa jua bantuan dari kerajaan negeri, telah menyebabkan keluarga berkenaan menyuruh  anaknya  yang berusia 5 tahun mengutip baki sayur dan nasi.

Kes yang berlaku adalah bukti kukuh bahawa kerajaan negeri tidak menjalankan kerja kerja membantu rakyat. Mereka hanya tahu berceraah dan membohong rakyat sahaja. Mereka bercakap seolah olah mereka prihatin kepada masalah rakyat, tetapi jelas mereka membiarkan rakyat Pulau Pinang hanya makan sisa sisa buangan makanan di restoran.

Kerajaan DAP tidak pernah rasa bersalah di atas kelemahan yang mereka lakukan. Justeru, menurut kata seorang pelancong dari Negeri Sembilan yang membawa keluarganya bercuti di Pulau Pinang, di sekitar KOMTAR dan Padang Kota ramai yang mengemis. Apa yang kerajaan negeri bantu mereka ini?

No comments:

Post a Comment