Siapa Wanita Ini Yang Tampil Membela Guan Eng Yang Bongkak??

Namanya Nor Diana Mohd Zabidi, seorang Pembantu khas KM P.Pinang, Si Guan Eng..
Beliau membela habis-habisan kononnya CEUPACS tidak pernah menulis surat kepada pejabat KM untuk mengatur perjumpaan dengan Guan Eng. 
Hebat betul Guan Eng kerana seorang Presiden Cuepacs perlu membuat surat temujanji sampaikan tak boleh aturkan sahaja pertemuan melalui temujanji melalui mulut/telefon sahaja.


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mendakwa bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan dengan Ketua Menteri. 
Omar juga mendakwa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Guan Eng bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengannya untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan penjawat awam,


Omar meluahkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Pulau Pinang yang seolah-olah keberatan untuk menjalin hubungan dengan badan itu. Sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan pimpinan DAP itu tidak pernah melibatkan Cuepacs dalam soal menjaga kepentingan penjawat awam di Pulau Pinang.

Berikutan itu, wakil Cuepacs negeri sudah cuba menghubungi pembantu Ketua Menteri untuk mengatur pertemuan.Namun usaha itu didakwa gagal kerana tiada langkah susulan dibuat daripada Kerajaan Negeri termasuk alasan Ketua Menteri sibuk.

“Cuepacs negeri lain semua mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Negeri termasuk di Selangor, Kelantan dan Kedah. Ada juga Kerajaan Negeri yang memberi sumbangan kepada Cuepacs negeri,"  

P.Pinang sungguh malang sekali kerana ada seorang ketua menteri yang terlalu ego dan sombong!
Masakan Datuk Omaq berani membuat dakwaan ini jika ia tidak betul??

No comments:

Post a Comment